Tuesday, February 23, 2010

My love

Di Tesco Sg Petani....




Di suatu ptg yg hening............








Monday, February 22, 2010

Selamat Hari jadi utkku.... dah lama berlalu

Fuuuhhhh.... lama nya tak menulis di sini. Malas aku Tuhan ja yang tau... Byk benda yg dah berlalu dah agak basi. Tp bg aku sentiasa segar menjadi kenangan yg abadi.
30 Januari 2010 adalah hari di mana aku tak dapat membalas pengorbanan emak.. yang telah melahirkan aku dan membolehkan aku melihat dunia yg penuh pancaroba. Memang terlalu besar pengorbanan itu. Bagi insan yang telah menjadi ibu@emak semestinya memahami keperitan itu. Sembilan bulan menggendong ke sana sini, bersabung nyawa saat melahirkan, bertungkus lumus siang dan malam memastikan keselesaan, menyekolahkan, dan hingga ke hari ini... Sayang mak..
Namun itulah keistimewaan kaum Hawa yang tak mampu di tanggung oleh kaum Adam yang hebat diperkatakan kejaguhannya. Tetapi itulah anugerah Yg Esa... Walaupun begitu ayah juga berjuang tanpa keluhan penat lelah untuk mencari nafkah demi membesar dan menyekolahkan aku... Al-Fatihah utk ayahku.
Pada 29 Januari 2010 aku sekeluarga di Kg Gajah membuat perhimpunan family.. Selain meraikan hari kelahiran aku untuk esoknya, kami juga meraikan hari bahagia adik aku pada 31 Januari yg mana genap setahun menjadi isteri dan suami org. Kami meraikan agak awal disebabkan pada mlm 30 Januari tu adik aku buat kenduri doa selamat. Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.
Antara juadah mlm itu
Hadiah utk mak kerana melahirkan aku....(murah tp ikhlas)
From him... TQ abang

Family aku yg agak besar
Kek istimewa utk anak2 buah
Kek anniversary adik aku

Sunday, January 24, 2010

Jalan-jalan tgk haiwan

Di Lye Huat Garden- 23 Januari 2010
Changlun, Kedah Darul Aman

Capture by ALif Naufal
Ni konon nak dukung adik

Cantik awan biru
Lagak alif
Asyik tgk ikan yg kelaparan
Sayang nya adik abang
Abah nak capture ngan tiger2
Bersama anak dara
Anak abah
Ni lah 2 org anak abah


Sama tak???




Aksi berani..Pegang tanduk gajah tu..
Ada ikan kat bawah tu

Thursday, December 31, 2009

Selamat Hari Lahir Anak Ummi... yg ke 4









Setiap birthday yg disambut oleh setiap insan jarang ada hadiah utk insan yg melahirkan tp untuk insan yang dilahirkan je... Itulah yang kita selalu amalkan. Tp aku ingat 2010 ni nak tukar skit amalan tu. Ehehhehee.. Tp nak bg apa kat my Mom. Nanti la pikir2 kan.

27 Dec 2009 anak ummi yg laki ni dah 4 thn. 1 Jan 2010 anak ummi ni dah 5 thn... ermmm sekolah kena ikut thn tak leh ikut bln. Nak wat camana kan. Klu dulu time nak kuar dr perut boleh hold 5 hari lg ok la... Bangun dari tidur aku terus wish happy birthday.. Dia terus tanya present. Present yg diminta tak de la apa sgt cuma jam ben10. Dah lama pun abah beli... Aku plak beli kan dia education learning aktiviti, COSWAY punya. Cukup la yg tu. Nak beli mahal2 pun masih belum pandai menghargai barang lg. ehehe

Hari tu agak busy ngan kenduri maklum la cuti sekolah. Balik dr kenduri dlm pukul 3 lebih baru lah aktiviti celebration di buat. Tp simple je. Goreng bihun n kek n makanan ringan je. Anak2 buah je yg dijemput.Letih la.. adik yg tak mengerti apa2 lg mengacau.

Apapun semoga anak ummi ni jd anak yg SOLEH dan pandai....

Tuesday, December 29, 2009

Mari Berniaga....

Ini bukan promosi tetapi sekadar koleksi peribadi....
..........................
......................
.................

Aku sekadar mengisi masa terluang
Kebelakangan ni aku teringin bernisnes. Tapi nak bisnes apa yg perlu modal kecik.. Last2 masa raya haji baru ni dapat idea setelah memakan 'keropok popia gulung bersira', MIL yg buat... bwk blk Perak pun diaorg suka mkn. So, dari situlah bermula nya idea aku. Nak tengok mcm mana idea aku dilaksanakan.
...............................
.......................
............

Dlm proses packing


1 = 50sen


Nak rasa bleh la order ye. Boleh packing seringgit dan 2 ringgit


Ready utk di hantar ke kedai.
.....................
..............
........
..

Sedang mencari tapak utk diletakkan...

Best gak klu berbisnes ni. Rasa cam kepuasan je...
Sapa nak order boleh direct jumpa saya atau tinggal pesanan di sini. Rasanya memang memuaskan. Uhuhuhu

Saujana Mata Memandang... indahnya kampung ku...





Sesiapa yg dapat mengagak di mana lokasi ni???
Sebenarnya tempat ni adalah di kampung hubby aku. Sungguh tak ku sangka rupa nya di tempat yg sering aku kunjungi sedang berlaku satu projek pembinaan sebegini. Nama kampung ni ialah Kampung Kuala Segantang Garam dekat dgn Merbuk sekitar Sg Petani. Bagi penduduk2 sekitar negeri Kedah boleh la berkunjung ke sini.
Projek ini masih dalam progress dan hampir siap. Ia amat bersesuaian utk penggemar2 memancing. Dari pandangan aku byk jugak kemudahan yang disediakan seperti chalet, surau, cafe, bot dan tempat utk mengambil angin.
Untuk maklumat lanjut kena tunggu tempat ni betul2 siap. Aku tak boleh mengulas dengan lebih lanjut sebab takut aku tersalah maklumat. Ehehehehe....

Thursday, December 24, 2009

Tak tau nak wat apa.....




Mengisi masa yg terluang....