Wednesday, December 1, 2010

Muncul Kembali...

Errmmmm... lama tak bukak blog, sampai password pun dah lupa:) Ni lah akibat selalu buat2 bz. Mmg bukan hobi aku menulis dan membaca tp dah terlanjur create blog ni. Jd sayang klu ianya lupus. Tak pa sesekali aku aktiv kannya dan jadikan sebagai diary yg tidak ada rahsianya....

Tapi nak citer apa pun aku tak dak idea... asal boleh ja kan???

K, la... aku nak citer pasal rmh yg tak jd beli la... Tp dah lama sgt dan dah basi pun... Cuma smlm ada info dr kawan2 yg beli rmh kat sini, CF dah dpt pun. N rmh aku kemungkinan sedang di jual dlm mudah.com. Nak kata apa kan? Aku selalu kata kat husband " kita hanya mampu merancang dan berusaha tp rezeki adalah ketentuan Allah." Rezeki org tak sama. Tu la cara panggil selamat utk tenangkan hati yg kecewa... Ada lah rezeki lain nanti. Insyallah....... Nak tau selanjutnya kena baca sampai habis. Tapi aku tak tulis sedetail-detailnya pun....

Ceritanya camni,

Awal thn 2009 aku mencari rmh utk dijual, satu hr member aku gtau ada rmh di changlun dia tgh search mudah.com. So, aku pun ambik tel no pemaju n bg kat husband. RM125k, semi-D single storey... Taman Damar, Mukim Temin, Changlun. Setelah menelifon pemaju dan masih ada kekosongan kami decide nak tgk rmh dulu... lepas dah berkenan terus bayar deposit RM500. Begitu mudah...
Esoknya g kerja, kami hebah kan pada kwn2 sbb masih ada beberapa kekosongan. Ramai la kawan2 sekerja pun nak beli n sekarang dah jd milik diorg pun. Keesokan nya husband aku dpt call dr pemaju tu n dia kata rmh yg kitorg book tu ada masalah skit. Rmh tu adalah rmh sub-con. Maknanya rmh tu tdk boleh dijual sesuka hati. Dan bg mengelakkan rasa bersalah tu si pemaju ni telah berbincang sesama mereka. Dah decided kena naik kan sikit harga rmh menjadi RM130K. Setelah aku ngan husband pikir ok la, kita abaikan RM5000 tu. Sbbnya rmh Semi-D skrg mmg mahal tak ingat ingat.... So, RM130K masih dlm tahap kestabilan pendapatan seisi rmh kami. Situ pun dah sedikit sedih, tp selalu dok kata think+....

Semua urusan pembelian dan segalanya dah selesai... Loan Perumahan dan approved. Hati amat lah berbunga riang, dah mulalah dok berangan itu ini... Duit KWSP yg tak seberapa dah mula dihitung... Maklumlah nak masuk rmh baru...
Pada tgh thn 2010, tiba2 satu hari busband aku dapat dari Pej Lawyer dan meminta kami batalkan pinjaman yg telah lulus tu. Alasan nya Si Sub-con tu tak nak jual rmh dia. Itu ja. Ya Allah, mmg seperti rebah jatuh ke bumi... aduhhhhh... kenapa plak? Maybe sbb market value sekarang.. Mmg habis habisan dia tak nak jual rmh ni.Dari awal pembelian sehingga urusan pinjaman dan dah selesai pembelian cam ni pun masih bermasalah.
Selepas berjumpa dgn lawyer mmg kami kalah, betullah kerja lawyer perlu pandai berkata2.... mmg kami cancel kan pinjaman tu... Kononnya si Penjual tu buat perjanjian bahawasa nya rmh itu tetap akan di jual kepada En. Mohd Nizam bla bla bla.... tp harganya akan meningkat tdk melebihi RM150K. Serious aku rasa tercabar, kenapa masih terhegeh nak rmh tu.... Sedangkan 2 3 org member beli hanya RM125K tp kami....???? Mmg aku dah tak dak hati kat rmh tu... n MUKTAMAD cancel.
Apa yg amat rugi besar pada kami adalah... Husband aku hanya boleh membeli sebuah rmh dgn menggunakan pinjaman kerajaan sbb pinjaman pertama telah di lakukan dan... utk rmh yg bkn dgn kerelaan kami batalkan pinjamannya...

noted:- Kepada sesiapa yg dok cari rmh dlm mudah.com. Be careful_sbb si sub-con tu mungkin sedang menjual rmh yg tak jadi aku beli tu dgn harga WOOOOWWWWW... mmg tepat tekaan kami.

Namanya mmg Mr.Ng_klu tak silap Ng Jim Chaiy. Lebih kurang la, aku tak ingat spellingnya

Itulah alkisah nya.... Ni gambar yg masih dlm pembinaan...







7 comments:

shida said...

otak bisnes ja depa tu....
nak wat camna.. tu bukan rezeki Ina.. sabaq je la kan...

DaZzlingLilLy said...

takpa dah dapat umah lain dah kan...dah blh link dah ni..

Ina Hamid said...

mmg sabaq sgt2 pah... yg sedih nya loan nizam dah rosak 1. Klu beli next dah jd loan kedua... Burn loan pertama.

Ina Hamid said...

lily... ehehehe, baru ja sebut td. Insyaallah, hrp2 tak dak masalah pasni

Pah Zarihan said...

sabaq la ina..aritu anip ada cita skit2 tp tak detail...mmg tatau cita sebenaq...mmg hampeh btui si NG ni...

Ina Hamid said...

Pah_anip:- sakit hati sbnrnya, tmbah2 dgr depa yg lain dah dpt kunci. Harap2 yg 2nd ni bjalan lancar...

SiTyAiZa said...

oooo... inilah al kisahnya....jahat btul la cina tu.... mgkn ini ujian bagi hambanya yg mampu mengharungi... la INA bli umah dkt mana????