Thursday, December 2, 2010

Kronologi Banjir_2 Nov 2010

Kronologi Banjir kali ke 2

Kisah banjir mmg menjadi cerita yg hangat 2 3 minggu lepas di utara tanahair... Sama la ngan rmh aku. Ni aku buat jalan cerita sebelum dan selepas banjir yg melanda rmh aku. Taman Sri Embun, Kangar.

Weekend sebelum banjir tu kami dr kg, spnjg perjalanan mmg hujan. Sampai ke kangar masih hujan. Morning2 nak g kerja tu time hantar anak2 ke nursery(konon) dah tak menyedapkan hati. Tok Wan diorg ni kata di Bangkok dah banjir dia tgk berita dunia mlm td. Aku relax ja... terus kan "nawaitu" ke tempat kerja... Tp masih hujan seharian walau tak selebat mana. Lbh kurang kui 3 husband aku bg signal suh standby nak balk. Sbbnya Arau dah banjir. Aaahhh, aku agak gelabah tp masih maintain. Di fb pun kawan2 dok remind kata nak banjir. Amaran semua dah keluar, Empangan Timah Tasuh dah lepas kan air sedikit demi sedikit. Jalan Changlun banyak dah di tutupi air. Aku maintain relax lg.

Dgn tak semena2 jiran aku merangkap wife rakan sekerja aku inform di fb yg mana sungai berhampiran taman kami sudah melimpahkan airnya. Time tu br lah aku tidak memaintain kan lg relax aku. Dengan pantas bergegas pulang utk menyelamatkan harta2 yg tak seberapa kami. Apa yg penting haiwan peliharaan kami. Sang Kancil. Aku tunggang dia sampai ke rumah pengasuh anak2 aku. Husband aku dgn Persona nya terus ke sana. Kat situ confirm tak banjir, klu banjir tak taulah musibah apa yg Allah nak turunkan...
ni lah kancil yg dimaksudkan

Bila balik ke rumah... cuba la selamat kan apa2 yg mampu. Jangan la menyerah segalanya, walau tak mampu melawan kehendakNya.


Antara yg dapat diselamatkan. Klu air melepasi meja ni, sabo je la... dah usaha dan cuba yg terbaik
.........
......
....
..
.
Pagi2 kul 2am, husband aku dpt call dr member suh standby. Air sungai kat sebelah rmh dah melimpah sesangat. Hati aku berdebar dah... comfirm nak banjir. Terus bangun dr tidur standby brg anak2. Mmg tak boleh lelap mata dah. Aku tgk rmh2 org lain gelap dan senyap sunyi je... Aku ngan jiran2 terdekat ja yg dok buat kalut. Biar la yg penting kita tak mau kelam kabut. Sesudah subuh selepas breakfast terus standby nak keluar rmh ngan bekalan anak2...Lbh kurang kui 8am gitu la keluar dari rmh. Air masih kering di depan rmh cuma rmh yg lorong sebelah dah dipenuhi air di longkang2 . Jln raya pun masih kering... bendang2 dah tenggelam.

Begitu pantas...
Air mmg seperti dituang ke bumi. Sekembali dari hantar anak2 hampir jam 9am mmg aku terkejut. Dah jd macam ni.








Apa nak di kata... takdir....
Ni plak jiran aku,manusia yg menyayangi binatang... tinggalkan bekalan tuk anak2 angkatnya.Sian, nk bwk tak tau nk buat camana.. ehehhee

Dok tak senang....
Kami sekeluarga melarikan diri ke rmh pengasuh, bukan saja mengasuh anak2 sekali ngan mak ayah diasuh juga selama seminggu. Pakejjj... Di situ la yg paling selesa, klu di penempatan banjir agak bimbang kan anak2. Maklumla nak naik buai la, nak buat susu la... Nak mandi, makan... errmmm....
Dok sini aku boleh gak balik jenguk rmh sesekali. Ptg 2 Nov tu aku meredah air..org utara kata (grrhanduk ayaq_tak tau nak eja) . Mmg letih gila, husband aku ada 1 km di depan... mujur ada sorang tok wan nak g ambik cucu dia di MRSM pun turut meranduk air. Kami jalan la slow2 2gether. Setibanya di rmh, tgk rmh dah selamat dimasuki air.



Cat miaaww dalam beg yg tak sempat di bawa oleh husbandnya pg td dpt diselamatkan...

Balik time kami tumpang lori JPA ni... rezeki.. Klu tak jenuh jugak nak meranduk lg sekali

Panjang nya cerita, tak larat dah aku nak taip ni... dipendekkan lah...
Second day banjir aku tak blk rmh sbb air agak tinggi. Cuma doa dan tawakal saja mintak barang2 rmh selamat. Hari ke 3 banjir aku tak bwk handset so tak dak gambar utk dikongsi. Tp air dah mulai surut. Kedalaman air di dalam rmh paras kerusi meja makan aku. Hari ke empat keadaan beransur pulih. Alhamdulillah... Dalam rmh cuma tinggal air yg membasahi lantai sahaja. Aku ngan husband cuma boleh tolak air yg amat kotor ke luar. Tp belum boleh cuci sepenuhnya. Cuma tikar2 getah yg masih boleh digunakan kami basuh. Selamat duit...
Dan........
Hari2 terakhir 6 november 2010. Air di dalam rmh sudah kering sepenuhnya. Di luar masih membasahi bumi.





Ni keadaan hari terakhir banjir... Ok la, dah cukup tak larat ni. Begitu cerita yg dipendek kan.

Banyak pengalaman pahit manis sepanjang banjir. Yg pahitnya tentu lah kena cuci rmh, brg2 rosak n lain2. Yg manisnya dapat naik trektar, lori JPA, 4 in drive unimap, keta bomba time nak redah air... dan lain2. Yg paling manis tinggal di rmh pengasuh alif selama seminggu. Macam satu family, sedih sgt time first nak blk tidur kat rmh. Rasa cam nak meleleh air mata. Aku cuba kuatkan ja...

Noted: Kesimpulannya, jangan lah terlalu bersenang2 dgn kehidupan ini... bersyukurlah kita seadanya. Sesungguhnya segala kebahagian dan kesenangan hari ini adalah pemberian dari Nya. Jika Dia ingin mengambil kembali dan menguji kesabaran dan keimanan kita, hanya sekelip mata segalanya boleh berlaku atas kehendak Nya.

No comments: