Showing posts with label happy. Show all posts
Showing posts with label happy. Show all posts

Monday, April 12, 2010

Sukan Sekolah Abg Long...

4 April 2010 yg lalu hari Sukan sekolah abg long dan seluruh kawasan kangar. Adik Balqis terpaksa di tinggalkan atas sebab kesihatan. Sukan ni di langsungkan di Gelanggang Futsal Bt 2, Kangar..
Ni abg long tgh mewarna katogari 5 thn. Anak ummi ni dah la sampai lewat dari org lain tp siap cepat dr org lain. Ummi bangga giler.... ekekkeee

Tu dia 'lady bird' abg long. Terlupa nak capture gambar yg completed.
Peserta2 lain...
Menanti time sukaneka... Aku terpaksa guna camera handset yg tak canggih ni. Sebab tu gambar nya semacam je




Apa2 pun, anak ummi ni dah besar. Pandai bawak diri dah... Cuma selalu bagi ummi n abah marah bila kat rmh... Sabar je laaa...

Monday, March 1, 2010

Anak-anakku nampak happy...

Ni lah rumah kedua Alif dan Adik Balqis. Dan ni lah gambar Tok Cik Nab dan Tok Wan Arib yang telah 4 thn lebih berjasa kepada kami sekeluarga. Gambar ni di capture oleh alif sendiri.

Di pagi hari sebelum ke Kampus Tetap Pauh pastinya menghantar anak2 ke destinasi masing2. Si abang ke sekolah. Si adik ke rmh Tok Cik Nab nya.....

Gambar blur... Adik khusyuk main handset. Dah pandai berdiri


Adik dalam usaha memanjat kusyen...


Yea yea... dah berjaya sampai kat abang

Amacam.. nampak cam dah pandai kan? Silap pegang 'kebabooom'

Monday, February 22, 2010

Selamat Hari jadi utkku.... dah lama berlalu

Fuuuhhhh.... lama nya tak menulis di sini. Malas aku Tuhan ja yang tau... Byk benda yg dah berlalu dah agak basi. Tp bg aku sentiasa segar menjadi kenangan yg abadi.
30 Januari 2010 adalah hari di mana aku tak dapat membalas pengorbanan emak.. yang telah melahirkan aku dan membolehkan aku melihat dunia yg penuh pancaroba. Memang terlalu besar pengorbanan itu. Bagi insan yang telah menjadi ibu@emak semestinya memahami keperitan itu. Sembilan bulan menggendong ke sana sini, bersabung nyawa saat melahirkan, bertungkus lumus siang dan malam memastikan keselesaan, menyekolahkan, dan hingga ke hari ini... Sayang mak..
Namun itulah keistimewaan kaum Hawa yang tak mampu di tanggung oleh kaum Adam yang hebat diperkatakan kejaguhannya. Tetapi itulah anugerah Yg Esa... Walaupun begitu ayah juga berjuang tanpa keluhan penat lelah untuk mencari nafkah demi membesar dan menyekolahkan aku... Al-Fatihah utk ayahku.
Pada 29 Januari 2010 aku sekeluarga di Kg Gajah membuat perhimpunan family.. Selain meraikan hari kelahiran aku untuk esoknya, kami juga meraikan hari bahagia adik aku pada 31 Januari yg mana genap setahun menjadi isteri dan suami org. Kami meraikan agak awal disebabkan pada mlm 30 Januari tu adik aku buat kenduri doa selamat. Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.
Antara juadah mlm itu
Hadiah utk mak kerana melahirkan aku....(murah tp ikhlas)
From him... TQ abang

Family aku yg agak besar
Kek istimewa utk anak2 buah
Kek anniversary adik aku