Wednesday, December 8, 2010

Kisah Hari Jumaat yg Lalu

Kisahnya begini, hari Jumaat masa rehat aku balik ke rumah dan mengambil anak2 dari rmh pengasuh sebabnya Tok Cik ni nak p kenduri sekejap. Maklum la musim cuti sekolah... Tak cukup sabtu dan Ahad hari2 bekerja pun ada kenduri. Sebelum balik ke rumah husband aku singgah ke Restoren Seri Mongkol untuk membeli lauk pauk.(Org2 sekitar Kangar mungkin tahu restoren ni).

Sedang husband aku di dalam kedai membeli makanan aku ngan anak aku, Balqis dok dlm kereta. Tiba2 ternampak seorg budak antara usia 2 ke 3 tahun sedang berdiri di antara kereta2 pelanggan kedai ni yg parking di tepi jln.. Sambil berbual2 dgn Balqis aku tunjuk budak tu kat dia sbb budak tu tak berkasut. Mmg tak terfikir perkara lain. Lama jugak la budak tu berdiri seperti tercari2 sesuatu.

Tiba2 seorang kakak yg bekerja di Restoren Sri Mongkol tu datang mendapatkan adik kecil tu dan membawa ke dalam kedai. Kemudian aku tgk dari jauh seperti kekecohan sedang berlaku. Aku bukak cermin tingkap kereta, rupanya budak kecil tu tiada tuan empunya. Kekecohan sedang berlaku. Aku keluar dari kereta sambil berbagai persoalan berlegar di fikiran. Anak sapa ni? Org buang anak ka? Terlupa bwk anak balik ka? Dia jln2 sorang ka? Ish ish... klu org tinggal anak ni mmg bodoh la. Budak dah besar dan comel. Tp ntah la, zaman ni macam2 boleh berlaku. Sedang di dalam kedai aku dengar macam2 org dok maki. Buta akai la, tak dak hati perut la... macam2 spesifikulasi di buat. Budak tu menangis2 dah sambil menyebut perkataan wan berkali2. Kami ingat dia ditinggalkan Tok Wannya. ehehehe... memandai ja

Ada la mcm2 idea org kat situ suruh bwk ke balai la, ke pusat kebajikan la... haiihhh... nanti la sat, kot2 ada org mai tuntut. Kemudian kami berlalu balik ke rumah................ Tp cerita ni tak tamat di sini.
...............................................................
.....................................................
.....................................
....................
..........
.....
..
.
Selepas husband aku habis solat Jumaat dia ke restoren tu sekali lagi utk mendapatkan jawapan yg tadi. Sambil tu berlakon la kononnya membeli Milo panas. Nak di jadikan cerita masa org dok kelam kabut dlm kedai tu si ayah budak tu ternampak org mendukung anaknya yg tgh menangis. Rupa2nya si ayah sedang mencuci kereta di car wash bersebelahan kedai ni. Menurut ayahnya mungkin anak kecil itu mengikut kakaknya. Dan mungkin kakaknya yg tinggalkan adiknya di situ. Adehhh... mcm tu pun ada ka???

Moralnya:- Emak2 di rmh tolong lebih peka dgn anak2 anda. Segalanya mungkin boleh terjadi pada zaman sekarang.

2 comments:

Bibi Intan Suraya said...

alahaiii rindunya daging bakaq Restoran Mongkoll tuuu dgn ayaq cicah asam diaaaaaaaa huhuhu

kim slm semua kak ina.

tgcare!

Ina Hamid said...

Rindu dari jauh je la. Tenyeh la sendiri ayaq asam kat sana no. Ehehhee, Insyallah...