Monday, February 22, 2010

Selamat Hari jadi utkku.... dah lama berlalu

Fuuuhhhh.... lama nya tak menulis di sini. Malas aku Tuhan ja yang tau... Byk benda yg dah berlalu dah agak basi. Tp bg aku sentiasa segar menjadi kenangan yg abadi.
30 Januari 2010 adalah hari di mana aku tak dapat membalas pengorbanan emak.. yang telah melahirkan aku dan membolehkan aku melihat dunia yg penuh pancaroba. Memang terlalu besar pengorbanan itu. Bagi insan yang telah menjadi ibu@emak semestinya memahami keperitan itu. Sembilan bulan menggendong ke sana sini, bersabung nyawa saat melahirkan, bertungkus lumus siang dan malam memastikan keselesaan, menyekolahkan, dan hingga ke hari ini... Sayang mak..
Namun itulah keistimewaan kaum Hawa yang tak mampu di tanggung oleh kaum Adam yang hebat diperkatakan kejaguhannya. Tetapi itulah anugerah Yg Esa... Walaupun begitu ayah juga berjuang tanpa keluhan penat lelah untuk mencari nafkah demi membesar dan menyekolahkan aku... Al-Fatihah utk ayahku.
Pada 29 Januari 2010 aku sekeluarga di Kg Gajah membuat perhimpunan family.. Selain meraikan hari kelahiran aku untuk esoknya, kami juga meraikan hari bahagia adik aku pada 31 Januari yg mana genap setahun menjadi isteri dan suami org. Kami meraikan agak awal disebabkan pada mlm 30 Januari tu adik aku buat kenduri doa selamat. Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.
Antara juadah mlm itu
Hadiah utk mak kerana melahirkan aku....(murah tp ikhlas)
From him... TQ abang

Family aku yg agak besar
Kek istimewa utk anak2 buah
Kek anniversary adik aku

No comments: