Thursday, December 31, 2009

Selamat Hari Lahir Anak Ummi... yg ke 4









Setiap birthday yg disambut oleh setiap insan jarang ada hadiah utk insan yg melahirkan tp untuk insan yang dilahirkan je... Itulah yang kita selalu amalkan. Tp aku ingat 2010 ni nak tukar skit amalan tu. Ehehhehee.. Tp nak bg apa kat my Mom. Nanti la pikir2 kan.

27 Dec 2009 anak ummi yg laki ni dah 4 thn. 1 Jan 2010 anak ummi ni dah 5 thn... ermmm sekolah kena ikut thn tak leh ikut bln. Nak wat camana kan. Klu dulu time nak kuar dr perut boleh hold 5 hari lg ok la... Bangun dari tidur aku terus wish happy birthday.. Dia terus tanya present. Present yg diminta tak de la apa sgt cuma jam ben10. Dah lama pun abah beli... Aku plak beli kan dia education learning aktiviti, COSWAY punya. Cukup la yg tu. Nak beli mahal2 pun masih belum pandai menghargai barang lg. ehehe

Hari tu agak busy ngan kenduri maklum la cuti sekolah. Balik dr kenduri dlm pukul 3 lebih baru lah aktiviti celebration di buat. Tp simple je. Goreng bihun n kek n makanan ringan je. Anak2 buah je yg dijemput.Letih la.. adik yg tak mengerti apa2 lg mengacau.

Apapun semoga anak ummi ni jd anak yg SOLEH dan pandai....

Tuesday, December 29, 2009

Mari Berniaga....

Ini bukan promosi tetapi sekadar koleksi peribadi....
..........................
......................
.................

Aku sekadar mengisi masa terluang
Kebelakangan ni aku teringin bernisnes. Tapi nak bisnes apa yg perlu modal kecik.. Last2 masa raya haji baru ni dapat idea setelah memakan 'keropok popia gulung bersira', MIL yg buat... bwk blk Perak pun diaorg suka mkn. So, dari situlah bermula nya idea aku. Nak tengok mcm mana idea aku dilaksanakan.
...............................
.......................
............

Dlm proses packing


1 = 50sen


Nak rasa bleh la order ye. Boleh packing seringgit dan 2 ringgit


Ready utk di hantar ke kedai.
.....................
..............
........
..

Sedang mencari tapak utk diletakkan...

Best gak klu berbisnes ni. Rasa cam kepuasan je...
Sapa nak order boleh direct jumpa saya atau tinggal pesanan di sini. Rasanya memang memuaskan. Uhuhuhu

Saujana Mata Memandang... indahnya kampung ku...





Sesiapa yg dapat mengagak di mana lokasi ni???
Sebenarnya tempat ni adalah di kampung hubby aku. Sungguh tak ku sangka rupa nya di tempat yg sering aku kunjungi sedang berlaku satu projek pembinaan sebegini. Nama kampung ni ialah Kampung Kuala Segantang Garam dekat dgn Merbuk sekitar Sg Petani. Bagi penduduk2 sekitar negeri Kedah boleh la berkunjung ke sini.
Projek ini masih dalam progress dan hampir siap. Ia amat bersesuaian utk penggemar2 memancing. Dari pandangan aku byk jugak kemudahan yang disediakan seperti chalet, surau, cafe, bot dan tempat utk mengambil angin.
Untuk maklumat lanjut kena tunggu tempat ni betul2 siap. Aku tak boleh mengulas dengan lebih lanjut sebab takut aku tersalah maklumat. Ehehehehe....

Thursday, December 24, 2009

Tak tau nak wat apa.....




Mengisi masa yg terluang....

Thursday, December 3, 2009

Alif di Musim Cuti Sekolah....

Kisah alif di musim cuti sekolah. Klu musim sekolah Pukul 9.30 mlm dah kena tidur, pukul 7pg dah kejut dah anak teruna ni bgn untuk mandi, bersiap2 ke sekolah n bersarapan. Berbeza pula di musim cuti panjang begini. Sengaja dibiarkan dia tidur lewat sbb nak tgk kartun di astro ceria.. bg chance la kononnye.. Pg2 sebelum menuju ke Kampus Alam alif akan di kendong abah nye ke dlm kereta sbb masih tidur.. sampai di rmh Tok Cik Nab nye sekali lg abah mendukung anak jantannye dan dia sambung tidur. Gitu la rutin pagi alif.

Alif dlm perjalanan ke rmh tokcik

Setelah waktu pulang dr rmh Tok Cik Nab dia pasti nak main game.

Dah lama dia mintak belikan tv game utk dia. Sengaja dilewat2 kan sebab nak tunggu birthday dia 27 December ni. Tapi akhirnya impian dia terlaksana lebih awal dari tarikh itu. Abg sepupu dia Cik Tan telah menghadiahkan game ni kat dia awal sebulan dr tarikh birthday. Ok gak la kan boleh ummi belikan hadiah lain plak. Apapun thanks to Cik Tan.

Tp alif kena ikut peraturan klu nak main game. Kena dengar ckp ummi..... kena rajin belajar... gitu la.. tp susah gak la nak ajar anak yg sorang ni...


Adk dlm perjalanan ke rmh tokcik

**Ps : dah jd emak ni br terasa betapa besarnya pengorbanan mak waktu membesar dan mendidik kita dulu

Wednesday, December 2, 2009

Salam aidiladha...

Lama nya tak update blog. Tak tau nak story apa sebenarnya. Raya haji baru2 ni kami sekeluarga menyambutnya di kg segantang garam. 2nd raya br blk ke Perak. Adik balqis tak sihat plak time raya. Asyik rengek2 je. Ingat nak gak posing2 bleh buat kenangan tp nak wat cam na kan. Tp ada gak la gambar anak2 n sepupu2 kat Perak. Tu pun dah raya ke 3 kot. Apa pun semoga semua sihat2 n baik2 aje.






Thursday, October 22, 2009

Wira kami merajuk....

Al kisahnya, hari ni kami g uruskan perkara2 yg berkaitan ngan kereta. First, ke Maybank bayar duit kereta(baru..uhuhuhu), pastu ke kedai kereta hantar salinan borang masuk duit(bank in), pastu lagi ke Bank Muamalat buat full settlement kereta(wira), lagi dan lagi ke car wash automatik basuh kereta, then ke workshop baiki wiper kereta.

Apa yg dirajukkan oleh Wira kami?? Ermmm :) Xtually kami ni tgh meng'usha' kereta baru dan dah otw pun proses pembelian.. So, Wira ni terpaksa di jual la... Kalau tidak takut ada yg tak cukup mkn. Itu la sebabnya g berurusan hal2 yg bersangkutan dengan kereta. Dan hari ni jugak Wira kami secara separuh rasminya dah bertukar hak milik. 'Buyer' dah bayar harga yg dia sanggup beli kereta ni yg tinggal nak tukar nama kat atas geran shj.


Perjalanan ke Bank Muamalat

Oleh sbb nak hand over dah, kami g basuh kat satu car wash automatik di sekitar Perlis ni. Bila sampai turn Wira kami ni dan masuk dlm tu, tiba2 benda alah yg dok basuh keta tu menarik wiper tu sampai naik ke atas. Gelabah sekejap... Bila dah abih dia basuh dan Wira dah keluar dari tmpt tu, kami g tau kat mat2 foreigner tu....Diorg checked2 something patah kat wiper tu. Adusss.. terpaksa la panggil boss diorg blk ke c.wash tu.

Gambar carwash dari jauh

Bila boss da sampai, dia pun dok belek2 dan tak reti nak buat apa2 kot.. then suh kami antar kat workshop plak. Dia nak tanggung la.. Tp cara percakapan tu la yg agak tidak memuaskan.. Dah la benda tu sah2 jd time cuci tu, ckp sorry ke, mintak maap ke, apa pun tidak... Cara dia bercakap ngan kami ni seolah2 kami tipu dia... Piiirraaahhh....
Mamat foreigner tu buat2 terror belek2
Diperhatikan oleh tuan empunya kereta
Boss diorang da sampai dok tgk gak
Entah reti ke tidak aku pun tak tau...
Suasana di sana

Dah la buang masa kat situ sejam lebih, lagi nak buang karan ke nak tipu2...



Ni time kat Workshop

(P/S kami membawa maksud aku n hubby)

Sebab tu la aku kata Wira kami merajuk... Sebelum ni dok basuh kat tmpt auto tu tak pernah jadi apa2 pun. Tup tup.. lepas buat settlement sbb nak hand over dah jadi plak gini. Ni lah kali terakhir Wira PDA kami masuk dalam Car Wash Automatik sewaktu dlm penjagaan kami...
Sahhhduu sangat rasanyaaa...

Moralnya :- Kalau berbisness tu jaga la hati customer

Tuesday, October 20, 2009

Anugerah Tuhan...

My Ring...

Ahahahaa... Firstly.. Gelak dulu sorang2.. Dah 4 thn lebih kawin br nak share about ring.. Post GALAK namanya..
Saja ja ni.. Nak imbas kenangan saat2 ia disarung ke jemari ku... ahahaha...
Yg batu ni cincin nikah dan yg satu lagi cincin tunang.. Tu ja cincin yg aku ada. Cincin zaman sebelum kawen aku dah lenyapkan di kedai emas... nak buat apa byk2 kan.. aku bukan MAMI JARUMMM...


Di antara harta yg amat bernilai bagi ku.. Pemberian dari insan tersayang...

Monday, October 19, 2009

kisah bulan di suatu malam Sept 30,2009.. dipetik dari http:/ /secubitgaramnor67.blogspot.com/





Bulan Dan Bintang Di Pagar Pelangi

Maha Suci Allah saja yg mengetahui segala apa yg tersirat maupun tersurat. Tak dapat kita sebagai hambaNYA yg kerdil lagi hina nak mentafsir semua yg DIA tunjukkan. Sebaliknya kita wajib mengagungkan kebesaran dan keesaanNYA tanpa mempersoalkan sikit pun apa saja yg DIA jadikan.

Meh K.Nor cerita dari awal ya.. duk diam2 dan baca betul2.. semua ni bukan rekaan mana2 penerbit. Semuanya benar, sikit pun tak direka oleh penerbit atau pun pengarah :) dan tak ada kena mengena dgn yg masih hidup maupun yg dah arwah..

Lebih kurang pukul 10.15 mlm sister sulong K.Nor call no rumah dan cik abg K.Nor yg angkat sbb K.Nor dah masuk bilik nak beradu. Sister K.Nor kata cuba turun bawah (kawasan parking) dan lihat bulan yg agak pelik. Seperti bulan di kelilingi pelangi. Mulanya K.Nor males dah nak turun( dlm hati kata, takkan la malam2 buta ada pelangi), dah siap nak naik atas katil pun (syyhhh.. jgn pikir benda lain ya.. ) tp bila pikirkan mungkin lain kali dah tak berpeluang nak tengok, lebih baik turun. So lepas tukar pakaian yg lebih sesuai, K.Nor turun ler. Cik Abg dah turun dah, dgn gadget dia tp dia naik balik sbb kena amik tongkat utk gadget dia tu. Kalau tak pakai tongkat gambar jd blurr.

Bila turun, tengok2 sister dan anak2 dia dan 2 org anak jiran turut ada sama. Bila K.Nor mendongak ke langit.. Subhanallah... takjubnya rasa. Tengok la gambar2 ni.. Nampak tak bulan yg di kelilingi bulatan cahaya yg menyerupai pelangi. Di tepi bulan tu terdapat sebutir bintang yg amat terang. Mula2 mmg jelas/sharp sgt cahaya pelangi tu. Masa tu cik abg duk atas rumah, duk cari tripod utk kamera dia.

Terkedu dan kelu bila melihat, bulan di langit dgn cahaya pelangi mengelilinginya dan sebutir bintang yg bersinar terang. Mulut tak henti mengucapkan Subahanallah... Dan dalam hati terdetik, apa yg Allah nak tunjuk di sebalik semua ni.. K.Nor call adik ipar di KL, dia pun nampak gak tp tak nampak cahaya pelangi tu. Cuma nampak cahaya bulat terang jer mengelilingi bulan.
Makin lama, cahaya pelangi makin pudar/blurr tp sempat Cik Abg snap 4 - 5 keping gambar. Ternampak awan berada di dalam bulatan pelangi tu tp tak jelas bentuknya. Bulatan pelangi tu pun nampak cam makin membesar/makin luas dan dah tak sharp lagi kaler dia. Memang jelas bentuk kaler pelangi tu, dgn kaler merah duk lingkaran sebelah dalam, kuning di tengah2 sket dan hijau kebiruan menghala keluar dr lingkaran.

Subhanallah...
Kemudian makin ramai anak2 jiran turun dan ada dua tiga org jiran yg dewasa pun turun. Bila K.Nor tengok balik gambar yg Cik Abg shoot, terkejut rasanya sbb awan tu membentuk kalimah Allah yg tak la sharp/jelas sgt. Bila suami dan Aisyah tengok dia org pun kata mmg betul cam kalimah Allah. K.Nor panggil sister K.Nor dan yg lain2 utk tengok sama, mmg dia org pun kata cam kalimah Allah.

SUBHANALLAH.... SUBHANALLAH... SUBHANALLAH...
Ni kali ke 3 K.Nor diberi kesempatan oleh Allah utk melihat sendiri kebesaran NYA. Dulu dgn biji buah peach dan akar kayu yg juga tertera kalimah Allah. Nanti la sedikit masa lagi K.Nor akan tunjukkan, insyaallah... Ni semua betul tau, K.Nor pernah post kat forum MyR dan gambar2 tu sikit pun tak K.Nor edit. Dan biji buah peach tu masih dlm simpanan K.Nor.

Sama2 la kita merenung apa yg terjadi ni ya.. Kalau Allah kata kun.. fayakun.... Semoga kita semua amik iktibar dr apa yg terjadi malam ni ya.. Dan semoga Allah melindungi kita semua dari segala bala bencana dan mala petaka.. amiiin......

Ni adalah gambar yg diambil oleh sahabat foto Cik Abg K.Nor, Azizi Embong di lokasi berlainan iaitu di Kg. Padang Midin. Dah mintak izin tuan gambar ni nak letak gambar kat sini utk tatapan kita bersama.. Nampak gak kan kalimah Allah di bahagian atas bulan tu

Friday, October 16, 2009

Salam Aidil Fitri...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir batin.. Agak terlewat utk diucapkan dan dah abih raya. Erm dah masuk Depavali pun... Tak kira nak wish jugak lagi. Kepada kawan2 yg menyambut Depavali. Happy Depavali...
Aku sibuk sekali saat2 ini.. Sibuk ngan anak2.. Tp, aku cuba sebaik yg mungkin utk buat yg terbaik. Aku sedang cuba membuat perubahan.. Perubahan pada sikap dan tabiat. Harap2 suami aku dapat memberi sokongan pada aku.
Perubahan yg aku maksudkan ialah untuk cuba tidak buat kerja last minit. Iron baju sebelum tidur, siapkan barangan anak2 utk di bawa ke rmh "Tok Cik" pada mlm, bangun awal sebelum anak2 bgn utk siapkan break fast... Mampukah aku? Hahahahaha.. Try the best... Aku sekarang seorang ibu kepada 2 anak. Aku mesti lakukan... Doakan kejayaan aku...


Bonda Tersayang

Insan kecil dalam hidup..

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Yea.. yea.. Hari ni Hari Raya
Dah kira duit raya dua beranak ni
UUiiiittt