Wednesday, February 18, 2009

TANDA-TANDA KANDUNGAN BERMASALAH

(Mari kita share info ni. Pada yg belum pernah pregnant terima sebagai ilmu.)

Gambar baby kat bwh ni adalah keadaan baby dlm kandungan yg normal. Subhanallah..... inilah dia kebesaran tuhan. Bermulanya hidup seorg manusia adalah dr dalam perut ibu..



KEHAMILAN

KEHAMILAN merupakan satu keistimewaan dan kelebihan yang yang dianugerahkan oleh Tuhan untuk wanita. Bahkan bagi wanita itu sendiri, kehamilan yang dinantikan merupakan saat yang paling membahagiakan. Biarpun kehamilan ini merupakan idaman setiap wanita, namun wanita harus bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan semasa hamil. Bukan semua wanita bernasib baik dapat menjalani proses kehamilan dengan normal sehingga melahirkan. Disebabkan oleh pelbagai faktor, ibu yang hamil ada kalanya tidak dapat mengelakkan diri dari menghadapi kemungkinan menghadapi pelbagai komplikasi sepanjang kehamilan.

Menurut Pakar Perbidanan dan Sakit Puan dari Pusat Rawatan Islam, Dr Habibah Abdul Ghani, sebab utama berlakunya komplikasi ialah kerana berlakunya perubahan-perubahan hormon dalam tubuh ibu yang hamil ini.

Kehamilan menyebabkan banyak berlaku perubahan fisiologi pada tubuh si ibu. Perubahan yang disebabkan oleh pertukaran hormon ini menjadikan kebanyakan sistem dalam tubuh ibu yang hamil juga turut berubah.

Ada sesetengah ibu yang mampu mengadaptasi kadar perubahan sistem dalam tubuh ini dengan mudah dan tidak kurang juga sebaliknya. Kadar mengadaptasi ini di kalangan ibu-ibu hamil juga berbeza antara satu sama lain.

Bagi sesetengah ibu, tubuh mereka dapat menerima perubahan ini dalam waktu singkat dan tidak kurang ada juga yang memakan masa yang panjang sehingga hampir saat kelahiran.

"Kesukaran si ibu mengadaptasikan sistem tubuh mereka dengan perubahan-perubahan ini menyebabkan berlakunya komplikasi sepanjang kehamilan ini. Namun demikian, rawatan yang awal akan dapat menyelamatkan ibu dan kandungannya," jelas Dr Habibah lagi.

PENDARAHAN

Komplikasi yang jelas dan perlu mendapat perhatian ialah pendarahan di awal kehamilan. Sebarang titisan darah yang keluar dari vagina perlu dilaporkan kepada doktor seberapa segera. Biarpun ia mungkin hanya radangan biasa, namun ia jangan diambil ringan. Pendarahan tahap pertama berlaku di awal kehamilan ini merupakan ancaman pengguguran. Ancaman pengguguran ini boleh jadi disebabkan oleh konsepsi yang tidak normal. Ada kalanya ia boleh menyebabkan kandungan terus gugur.

Selain daripada itu pendarahan juga mungkin disebabkan oleh:

  • masalah keguguran yang kurang sempurna iaitu gugur yang tidak habis.
  • 'missed obortion' iaitu darah turun sedikit demi sedikit menyebabkan si ibu tidak jadi mengandung.
  • mengandung di luar rahim ( ectopic pregnancy)
  • mengandung kandungan anggur ( molar pregnancy) iaitu keadaan di mana kandungan si ibu tidak menjadi fetus sebaliknya ia wujud seperti tiub-tiub berselerakan yang dipenuhi bendalir yang tidak berguna.

Selain daripada itu, komplikasi lain yang dapat dikesan ialah kontraksi yang terlalu awal. Biasanya berlaku sakit bersalin yang terlalu awal (pre-mature labour) kerana si ibu itu sendiri ada masalah kesihatan. Misalnya si ibu mungkin menghidap kencing manis ataupun ada masalah-masalah lain.

"Kadangkala komplikasi ini teriadi kerana rahim si ibu itu sendiri tidak dalam keadaan yang normal. Misalnya seperti kes pintu rahim terbuka. Jarang berlaku tetapi memang ada kes pintu rahim yang tidak boleh ditutup dan menyebabkan berlakunya pendarahan," jelas Dr Habibah.

Keadaan ini dikenali sebagai 'cervical incompletence', boleh dirawat dengan mengikat pintu rahim tersebut pada peringkat awal mengandung. Apabila kandungan sudah berusia lapan bulan, ikatan ini akan dibuka untuk mengeluarkan bayi tersebut.

PUCAT/ANEMIA

Pucat ataupun dikenali juga sebagai anemia juga merupakan salah satu komplikasi yang sering melanda ibu hamil. Kurang darah dan pucat ini adalah keadaan di mana kepekatan darah merah berkurangan daripada biasa.

Pucat ini disebabkan kekurangan hemoglobin dalam darah. Sewaktu mengandung keperluan hemoglobin untuk si ibu dan anak adalah melebihi daripada biasa. Sewaktu mengandung, tahap kepekatan hemoglobin dalam darah sebaik-baiknya tidak kurang dari 11 gram. Kekurangan darah sewaktu hamil memberi akibat yang buruk kepada kandungan jika ia tidak di atasi dan diberi rawatan. Antaranya, kemungkinan si ibu akan mengalami keguguran ataupun melahirkan anak yang tidak cukup bulan.

Bayi dalam kandungan kecil dan lahir dengan keadaan tidak cukup berat badan.

Keadaan kurang darah dapat dikesan melalui pemeriksaan awal semasa mengandung. Untuk mengatasi masalah ini, siibu akan diberi tambahan darah dan vitamin sampingan seperti zat besi. Si ibu akan digalakkan memakan makanan yang membina sel darah merah seperti hati atau limpa.

TEKANAN DARAH TINGGI

Tekanan darah tinggi memang sering berlaku sewaktu mengandung. Biasanya apabila kandungan tiba di tahap usia lima bulan ke atas. Tekanan ini berlaku kerana biasanya si ibu tidak dapat mengadaptasi dengan perubahan fisiologi tubuh semasa hamil.

Ia lebih mudah menyerang kepada ibu yang hamil pada usia yang lebih dewasa (lebih 35 tahun) ataupun ibu yang masih terlalu muda (usia 17 tahun kebawah).

"Jika ada salah seorang ahli keluarga si ibu yang mengidap penyakit ini, kemungkinan menghadapi tekanan darah tinggi semasa hamil lebih tinggi," terang Dr Habibah. Ibu yang sememangnya menghidap penyakit ini, biasanya di beri perhatian dan pengawasan yang rapi semasa mengandung untuk memastikan siibu dan janin selamat.

Tekanan darah tinggi yang serius boleh menyebabkan 'eclampsia' atau lebih dikenali sebagai sawan.

"Serangan sawan semasa hamil sangat merbahaya kerana ia boleh menyebabkan kedua bayi dan ibu meninggal jika tidak dirawat dengan sempurna," tegas Dr Habibah lagi.

Tekanan darah tinggi semasa hamil ini sukar di elakkan kerana ia bermula dari dalam tubuh. Namun dengan pemeriksaan awal, tekanan darah tinggi dapat ini di kesan dan diatasi.

Untuk mengatasi masalah tekanan darah tinggi ini, ibu yang hamil akan diberi rawatan 'anti-hypertension'. Melalui rawatan ini, siibu akan diberi ubat untuk mengurangkan dan menstabilkan tekanan darah.

Kebiasaannya, tekanan darah kembali normal setelah siibu melahirkan.

KENCING MANIS SEWAKTU HAMIL

Perubahan hormon sewaktu kehamilan akan menyebabkan tahap penyerapan insulin oleh buah buah pinggang berkurangan. Pengambilan makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi akan menyebabkan pertambahan insulin yang berlebihan kerana kadar penyerapan yang berkurang.

"Masalah ini perlu di kesan awal kerana ia boleh menyebabkan bayi dalam kandungan cacat. Jika ia dapat dikesan dengan lebih awal, kandungan gula dalam air kencing akan dapat di stabilkan. Oleh yang demikian, perlu bagi siibu mengandung mengawasi diet mereka untuk mengelakan komplikasi kencing manis semasa hamil," tegas Dr Habibah lagi.

Jika masalah kencing manis ini tidak serius, ia boleh dikawal dan dirawat melalui diet seharian.

Sekiranya tidak boleh diatasi dengan diet, biasanya mereka akan diberi rawatan terapi insulin.

Thursday, February 12, 2009

DEBARAN SEMAKIN MEMUNCAK... TUHAN SAJA YG TAHU

Hari ini usia kandungan ku sudah pun menjangkau 7 bln. Walaupun ini bkn kali pertama aku menjadi ibu mengandung tp debaran tetap kurasai. Semakin hari semakin kuat.. apapun segalanya ku serah pada Tuhan Yg Esa. Hanya dia yg berhak menentukan segalanya. Aku berdoa semoga dipermudahkan olehMu Ya-Allah. Permudahkan segalanya sehingga aku selamat melahirkan dan membesarkan anak-anakku sehingga menjadi insan yg berguna.
Sesungguhnya aku bersyukur kerana Engkau telah memelihara aku dan kandunganku sehingga ke saat ini. Walaupun kesusahan yang aku alami sepanjang mengharungi saat-saat awal kehamilan namun aku tahu Engkau lebih tahu apa yang terbaik untuk hambamu. Sekurang-kurangnya aku lebih mengerti pengorbanan ibuku dan ibu-ibu yg terdahulu dari ku...
Di kesempatan ini aku sajikan sedikit bekalan untuk rakan-rakan yang seangkatan dengan aku...


PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN SEPANJANG KEHAMILAN:


Penjagaan sepanjang awal kehamilan sehingga hari kelahiran yang ditunggu-tunggu adalah sangat penting bagi menjamin tahap kesihatan ibu dan bayi dalam keadaan sihat dan selamat. Jadi banyak perkara yang bakal ibu terutamanya perlu tahu perkara-perkara yang patut dan perlu dielakkan.

Diantara perkara yang perlu dielak mengambilnya ketika hamil...

1.Aspirin - akan menyebabkan jumlah cecair amnion menjadi sedikit, mengurangkan
aliran darah di dalam otak bayi.
2.Alkohol - meracun sel-sel di dalam tubuh janin yang sedang membesar.
3.Litium - ubat yang berkesan untuk merawat masalah mood yang tidak menentu dan
boleh menjejaskan perkembangan jantung bayi.
4.Vitamin A - jika pengambilannya berlebihan melebihi 8000 IU sehari, risiko
untuk bayi mendapat keabnormalan urinari dan trak genital semakin meningkat.
5.Tetrasaiklin - sejenis antibiotik untuk merawat jangkitan dada, faraj dan ubat
jerawat. Jika diambil pada trimester kedua dan ketiga, ia boleh menjejaskan
perkembangan gigi bayi dan menyebabkan giginya berwarna kuning.
6.Ubat penahan sakit - boleh menyebabkan penguncupan salur darah penting di
jantung bayi yang sepatutnya hanya menguncup selepas dilahirkan.
7.Rokok - asap rokok bukan sahaja mengandungi nikotindan tar, tetapi juga karbon
monoksida, ammonium, racun sianida dan campuran bahan kimia lain yang menjadi
penyebab barah. Ia menganggu pengaliran oksigen kepada janin, janin cenderung
lahir tidak cukup bulan, kecil, dan ringan, mudah keguguran, bayi cacat atau
mati sebaik dilahirkan.
8.Hentikan kegiatan lasak - seperti bermain tenis, menunggang kuda atau kerja
yang memerlukan anda berdiri sepanjang masa.
9.Minuman tertentu - kurangkan pengambilan minuman bergas, berkafeina, teh herba
kerana dikhuatiri boleh mengancam bayi dalam kandungan.
10.Makanan - makanan yang dipanaskan semula dikhuatiri mengandungi bakteria dan
tidak baik untuk kesihatan. Makanan dalam tin biasanya tinggi kandungan gula,
garam, perisa, lemak, bahan awet dan penawar tiruan. Gula boleh menambahkan
berat badan.
11.X-Ray - ibu hamil tidak digalakkan mendapat rawatan secara x-ray sepanjang
tempoh kehamilan.

Wednesday, February 11, 2009

4 thn sudah aku bergelar isteri....

Pejam celik, pejam celik dah 4 thn aku menjadi isteri org. 10 Februari 2005 selepas Asar di mana hari aku diijabkabulkan dengan berwalikan Arwah bapa ku sendiri. Pada usia aku 24 thn aku telahpun dilepaskan oleh ibu bapa ku. Namun tanggungjawab terhadap mereka tak pernah lepas selagi aku masih bernafas. Aku bernikah awal sebulan sebelum majlis besar yang mana kami di satukan. Aku bernikah dengan pilihan aku sendiri. Ibu bapa aku tak pernah membantah siapa saja pilihan anak-anak mereka asal mampu menyara makan pakai anak mereka. Itulah keistimewaan org tua ku walaupun Arwah bapaku agak tegas dlm aspek yg lain.

"Ya Allah.. Eratkanlah kasih sayang antara aku dan suamiku sehingga ke akhir hayat kami, Bukakanlah pintu hati kami agar lebih memahami dan menyayangi antara satu sama lain, jauhkanlah kami dari godaan syaitan.. Kurniakanlah kami anak2 yang soleh dan solehah. Peliharalah kesucian hubungan ini Ya Allah.. "

7 Tabiat Makan Sihat Semasa Hamil

By, Assoc Prof Dr Poh Bee Koon, Nutritionist

Sepanjang kehamilan, bayi hanya mempunyai satu sumber untuk membesar dengan sihat... anda. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna anda harus makan untuk ‘dua orang’. Anda seharusnya makan agar kedua-dua bayi dan anda sihat sepanjang kehamilan.

Tabiat #1: Amalkan pemakanan seimbang.
Seperti yang ditunjukkan pada Piramid Panduan Pemakanan, diet anda harus terdiri daripada makanan yang mengandungi karbohidrat, lebih buah-buahan dan sayur-sayuran, jumlah protein, susu dan produk tenusu yang sederhana, dan akhir sekali, lemak, minyak, gula dan garam yang minimum.

Tabiat #2: Pelbagaikan makanan anda.
Makanan yang berbeza memberikan gabungan nutrien yang berlainan (tenaga, karbohidrat, protein, vitamin, mineral dan komponen makanan yang menyihatkan) dalam jumlah yang berbeza-beza. Makan makanan yang pelbagai bagi mendapatkan kebaikan daripada makanan yang berbeza.

Tabiat #3: Makan mengikut keperluan anda.
Perkembangan bayi dan juga perubahan pada tubuh menyebabkan penambahan keperluan tenaga harian anda. Jadi, adalah biasa sekiranya selera makan anda bertambah sedikit. Walaupun begitu, tubuh anda lebih cekap menggunakan apa yang telah dimakan dan ini menyebabkan ramai wanita mengalami peningkatan berat badan yang normal semasa hamil, tanpa perlu makan dengan banyak daripada biasa.

Tabiat #4: Makan dengan teratur.
Amalkan makan tiga sajian utama (sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam) tiap-tiap hari. Sekiranya sajian utama anda kecil atau anda terasa lapar antara waktu makan, jangan raguragu untuk makan snek seperti susu atau dadih, biskut atau roti, mi atau buah-buahan di waktu pagi atau tengahari.

Tabiat #5: Pilih makanan yang kaya dengan vitamin & mineral.
Semasa hamil, anda memerlukan hampir kesemua vitamin dan mineral dengan jumlah yang lebih banyak. Kebanyakan peningkatan keperluan ini dapat dipenuhi dengan merancang dan mengamalkan diet yang berkhasiat. Anda seharusnya memilih makanan yang kaya dengan kalsium, zat besi, vitamin C, vitamin A, vitamin B12, dan folat (asid folik). Mikronutrien tersebut boleh didapati dalam makanan yang tersenarai dalam jadual di bawah dan juga makanan yang telah diproses, sekiranya tercatat pada label zat pemakanannya.

Tabiat #6: Jangan makan terlalu banyak atau terlalu sedikit.
Makan dengan terlalu banyak semasa hamil menyebabkan peningkatan berat badan yang keterlaluan. Anda juga tidak harus mengamalkan diet pengurangan berat badan kerana kedua-dua situasi ini boleh mendatangkan bahaya kepada kandungan anda.

Tabiat #7: Imbangkan pengambilan tenaga dengan aktiviti fizikal.
Kehamilan merupakan peluang yang baik untuk anda mengamalkan kehidupan yang aktif. Sama ada berjalan, berenang, meregang badan ringan atau pun sebarang aktiviti fizikal ringan yang anda gemari, lakukannya untuk sekurang-kurang 30 minit sehari (dalam satu sesi atau 10 minit untuk setiap 3 sesi). Aktiviti ini membantu menggunakan tenaga daripada makanan dan memperbaiki penghadaman. Di samping itu, ia turut menyediakan tubuh anda untuk kelahiran dan kehamilan seterusnya.

adakah anda dalam keadaan pemakanan berbahaya?

Tabiat pemakanan yang tidak baik sebelum dan semasa kehamilan boleh membahayakan anda dan bayi. Sekiranya anda kekurangan zat makanan anda mungkin tidak bertenaga dan kekurangan sesetengah nutrien yang boleh mengganggu perkembangan sel pada kandungan, menyebabkan bayi dilahirkan dengan berat badan rendah dan sebagainya.

Kelebihan zat makanan juga tidak diingini kerana tenaga berlebihan (daripada makan secara berlebihan dan mengambil makanan berlemak tinggi) mengakibatkan anda mengalami berlebihan berat badan atau obes. Keadaaan ini menjadikan anda lebih terdedah kepada diabetes atau tekanan darah tinggi semasa kehamilan, bayi lahir dengan berat yang lebih daripada biasa dan sebagainya.

Kelebihan zat makanan juga boleh berlaku akibat pengambilan sesetengah vitamin (cth vitamin A) atau mineral (cth zat besi) yang berlebihan tanpa disyorkan oleh doctor. Keadaan ini boleh mengakibatkan kecacatan pada tulang, jantung, sistem saraf, kepala dan muka bayi.

Dapatkan nasihat pemakanan daripada doktor atau pakar pemakanan sekiranya anda mempunyai sebarang risiko pemakanan yang berikut:

* Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu rendah atau tinggi semasa hamil
* Biasanya tidak mengamalkan pemakanan yang sihat dan pelbagai
* Mengambil vitamin atau mineral tambahan tanpa disyorkan oleh doktor
* Mempunyai sejarah ‘diet’ yang kronik, tidak makan pada waktu yang tetap atau berpuasa
* Merokok, mengambil alkohol dan dadah; bahan-bahan ini bukan sahaja beracun malah boleh memberikan kesan kepada selera makan dan pengambilan makanan anda
* Kandungan lebih daripada seorang bayi


Tip Pemakanan

* Elakkan makan makanan mentah atau daging, ikan dan telur separa masak serta keju lembut untuk mengurangkan risiko jangkitan bakteria pada bayi dan anda.

* Penggunaan pemanis tiruan tidak digalakkan semasa kehamilan.

* Hadkan pengambilan minuman yang mengandungi kefein (cth kopi, teh atau cola)

* Sekiranya anda mengalami pening-pening dan muntah-muntah, cuba makan 5 hingga 6 sajian kecil sepanjang hari. Makan perlahan-lahan dan berehat selepas makan.

* Asam boi, sate Kajang (dari Kajang, bukan dari tempat lain!), cendol dengan sirap gula melaka yang banyak, atau kari ikan dari kedai mamak yang anda makan semasa berbulan madu... adalah antara makanan yang ibu-ibu mengidam... keinginan ini datang tiba-tiba semasa anda mengandung. Anda boleh penuhi keinginan anda dan manjakan diri anda. Walaubagaimanapun, anda harus ingat dan janganlah makan makanan yang boleh membahayakan anda dan juga kandungan anda.

Monday, February 2, 2009

Ermmm.... Letih Sangat..

Lama tak lama mmg lama aku tak updated blog. Aku keletihan skit akhir2 2 minggu ni. Kesihatan pun agak terganggu skit. Letih dgn persiapan majlis pernikahan abg n adik aku. Sengaja aku tak jemput kawan2 sebab jauh sangat rumah aku tu. Sorry la..Aku start cuti dr Chinese New Year sehinggalah 2 Februari br ni. Pastu mc lg sehari sebab tak larat sgt.




Atas ni yg bj kuning gambar adik aku masa hari nikah n baju hijau masa kenduri



Yang atas ni abang aku punya majlis di sebelah perempuan.. aku la yg jd mak andam abg aku. Bidan erjun la ni.. janji boleehh

7 Februari br ni majlis keraian adir aku di sebelah hubby dia kat alor setar. Seharian aku di Alor Setar dan selepas selesai di rumah kenduri terus ke Hospital Besar Alor Setar untuk menziarah mak saudara aku yg kemalangan jln raya di Jawi, Perak sewaktu blk dr kenduri di rmh mak aku. Kesian la kat mak n pak sedara yg xcdent tu. Nak buat camana kan malang tak berbau. Makcik aku patah kaki kanan, maksu retak di kaki gak, pakcik n paksu luka2 ringan n anak paksu aku berusia 2 thn lebih luka di kepala n kening. Tp kesian la sgt sbb bdk kecik.
Ni la Adam anak Paksu aku yg xcdent tu..
Makcik aku sekarang masih di hosp baru A. Setar, Maksu n anak dia dah keluar hari ahad 8 Feb.
Buat pertama kalinya aku jejak kaki di hospital baru Alor Setar tu setelah blk dr kndr adik aku... Peerrrgggghhh.. Untuk yg tak pernah p, memang dasyat la hospital tu mcm airport dah aku rasa. Berada di situ aku tak rasa mcm dlm hospital, aku rasa mcm aku sedang berada di sebuah tempat pelancongan. Tp aku tak de gambar la nak tunjuk. Camera plak tertinggal ari tu..

Walau apapun aku sempat gak posing lepas kenduri kat pelamin. Ehheeehe.. mengimbas kisah lampau.