Wednesday, July 15, 2009

Alif dah p sekolahh...

Gambar ni diambil pada hari pertama alif ke sekolah untuk kegunaan pendaftaran.

Cadangan awal 1 July nak antar alif ke sekolah tadika. Dah elok2 planning mlm tu adik Balqis tak leh tdor. Esok nya bukan alif tak boleh bgn awal tapi ummi nye yang tak boleh bangun. So, terpaksa la 'pospon'ke esoknya.

Hari pertama alif ke sekolah tadika di Guar Syed Alwi. Mulanya risau kalau2 dia tak mau, tapi aku silap. Dia dok dengan kawan2 yg lain belajar macam dah lama masuk sekolah. Boleh suruh aku balik lg. Ehehehehe.. Aku sengaja tunggu setengah ari tgk dia belajar. :-)Ok la tu... pandai anak ummi(-: Kami sepakat nak hantar kat situ sebab dekat dengan rmh pengasuh alif. Pukul 12 diorang yg akan jemput alif dari sekolah. Aku n hubby tak yah dok pikir nak ambik dia. Selepas kerja baru kami ambik alif n Balqis. Dua2 beradik stay tempat yg sama...

Berpantang.....44 hari

29 may 2009(with cousin_k.aina n abg nazmi)
29 may 2009

29 may 2009
3 jun 2009(Luas dah matanya br 18 hari ni)
3 jun 2009(Bergaya dengan bedak sejuk. Ruam byk kat muka)
3 Jun 2009(Tok sedang tuam perut adik)
8 Jun 2009(Gift from C.Tan to Adk Bakish)
8 Jun 2009(Abg long with cik Tan cousin kesayangannya)
22 Jun 2009(Gaya mengada abg long)
22 Jun 2009(abg long tolong adik bukakkan hamper ni)
22 Jun 2009
22 Jun 2009(Antara gift yg sempat snap gambar)
7 July 2009(dah abis pantang dah)

Pejam celik pejam celik... abis dah 44 hari. Tak terlalu perit aku merasakan tempoh pantang kali ni. Nak tau sebabnya??? Sebabnya... Aku habis kan 44 hari tu di tiga buah negeri. Dua minggu pertama di Perlis, 2 minggu seterusnya di Kg. Kuala Segantang Garam, Sg Petani dan seterusnya di Perak sampai hari ke 41. Hari ke 42 aku dah blk ke Kuala Segantang Garam dan hari ke 43 aku blk ke Perlis. Kepada yg akan berpantang buat la cam aku. Tak terasa lama sgt tempoh tu, tp bab2 mkn still kena pantang. Klu sayang kan diri sendiri laaa.... Apa nak di kata....
Kat cni ada la skit pict yg blh d jadikan kenangan...

Majlis Kesyukuran dan Akikah -> Nurrdhia Balqis

Mak bidan tgh prepare utk bahan2 utk cukur rambutBakul menggantikan buaian

Bahan2 utk mencukur kepala
Add ImageBunga telur dan kuih utk penyanyi2 yg dijemput khas(ehehehe)
Putera n puteri ku
Dah siap sedia utk di dodoikan setelah kepala ringan....

Inilah pasukan Marhaban yg dijemput untuk mendodoikan Balqis

23 Mei pada hari ke 13 kelahiran Nurrdhia Balqis Majlis Kesyukuran dan Akikah beserta cukur rambut kami adakan di kg Kuala Segantang Garam. Seperkara yang wajib telah kami tunaikan. Alhamdulillah... Semua berjalan lancar seperti yang di rancang. Seekor kambing telah dikorbankan.

Friday, July 10, 2009

Welcome Back...

Setelah dua bulan merehatkan diri... Hr ni aku mula berjinak2 kembali dgn benda2 yg aku tinggalkan sebelum ni. Nak kongsi story kelahiran baby Nurrdhia Balqis.
11.05.09 jam 11.43 mlm aku selamat melahirkan seorg bayi perempuan. Aku bahagia sgt setelah bergelut merperjuangkan dua nyawa. Syukur Ya Allah, doaku dimakbulkan. Segalanya berjalan lancar. Bayi seberat 3.15kg telah pun dilahirkan. Sebaik keluarnya anakku segala keperitan berakhir.
12.05.09 jam 1.++pg aku dimasukkan ke wad. Malam pertama aku bersama anak kedua aku. Malam tu aku tak dpt tidur nyenyak walaupun ubat penahan sakit masih melalikan aku. Ini kerana aku asyik terdengar nafas anak aku seperti sukar seolah2 tersangkut2. Aku risau sgt, mujur loceng di hujung katil berfungsi. Aku panggil nurse yg bertugas. Dia kata biasa, bagi bayi menyusu sekerap yg mungkin supaya dia menelan benda2 yg tersangkut tu. Aku rimas sgt dengar bunyi2 tu. Keesokan pg nya aku cuba beritahu dr yg melawat. Dia pun kata biasa sebab masa lepas melahirkan diorg sedut benda kotor tak abis kat baby. Dia kata nanti ok.
Dlm pukul 10 pg baby dah berak n kencing. Kui 12 lebih nurse bg tau aku dah boleh blk ke rmh. Besstttt bangat.....

Balqis 23 hari
Balqis 32 hari
Balqis 33 hari
Balqis 47 hari
Balqis 47 hari