Tuesday, August 17, 2010

Salam Ramadhan...

Ramadhan datang lagi..

Lama sungguh aku tak menaip di ruang ni.. Malas ke? Ntah la, kenapa ini yg terjadi... Byk benda yang nak diabadikan di sini tp tak berkesempatan. Bukan kerana bz tp malas kot...


Alang2 dah menaip teruskan je la....


Kisah 1 - birthday Balqis.




Bithday Balqis dah lama berlalu, 11 Mei yg lalu, tp nak story gak skit.
Aku malas nak wat celebration sbnrnya. Tp atas cadangan baby sitter, kami provided kan brg2 ja yg lain diiorg yg uruskan. Beruntung dpt diorg ni. Dah hampir 5 thn menjaga anak2 aku. Alhamdulillah...
Selamat Ari Lahir ke Dunia... Semoga jadi anak yg baik dah solehah.......

Kisah 2 - Abg dah pandai kayuh basikal.

Sejak2 abg long pandai kayuh basikal tanpa roda ni asyik nak keluar ja. Org kata pa ''Gila Stereng". Lutut sampai calar balar pun tak pa. Alif tak kisah... Buat drift tak ingat. Budak lelaki kot mmg tak tau serik.
(Gambar lum ade)


Kisah 3 - Adik nak tumbuh gg

Balqis ni yg lain semua lambat cuma gg ja yg cepat sekali. Atas dah ada 4 btg dan bwh pun sama. Dua minggu sebelum puasa babby sitter aku call time keje katanya Balqis demam. Apa lagi comfirm la wak g klinik. Dr check temperature dia 39.5degree. Kerongkong merah, dia check kaki tangan semua takut penyakit budak2 sekarang ni. Tp tak de pun apa2 yg di suspek kan.

Mlmnya lgi la teruk adik balqis sampai tak mau minum susu, tak leh tdo, sure2 aku pun sama gak la...

Then g klinik lg, check2 dlm mulut ada ulcer. Patut lah tak leh mkn. Jampi pun aku buat. Jgn lupa pada yg tradisional klu dah ada yg moden. Sebaik dari demam rupanya sakit mulut dia tu bertambah dengan azab nak tumbuh gg. Gigi geraham plak tu. Aduhai... sian anak aku. Total gg dia dah jd 10 termasuk 2 geraham.

(Nanti la nak buh gambar gg dia)


Kisah 4 - Carnival




Aku saja bwk bdk2 kecik ni bersuka ria sebelum berpuasa. Alang2 g kenduri kawen Basri Abasto(opis mate aku) di Cinta Sayang Club Golf Resort and ada offer plak tidor kat situ semalam. Kiotorang ambik la kesempatan tu, walhal dekat sgt ngan kg MIL. ''Tak pa la mak, kitorang tdo sini semalam je minggu depa blk rmh mak plak...'' ehehehehe


Kisah 5 - Nak balik Kg Gajah

Walaupun agak jauh nak ke Kg Gajah Perak tp aku tetap nak balik jugak kg di bulan puasa nih. Bkn apa selagi ada mak dan adik beradik yg sudi menerima. Pulang lah utk berpuasa bersama2. Manalah tahu kalau ini Ramadhan terakhir untuk bersama2. Klu nak pikir pasal ongkos pakai tak payah balik kg la... Terima kasih kepada En Suami kerana memahami aku. Insyaallah kalau diizinkan Allah cuti Nuzul Quran ni 27 Ogos 2010 kami nak balik terus sambung cuti Merdeka....


Kisah 6 - Tema raya thn ini

Tema raya thn ni masih mencari2. Encik Suami aku kata tak yah tema lah... Tp cam saja nak bersuka ria gak ngan tema ni. Klu bertema nampak serasi sejoli ja. Kan??? ekekekeke

Tgk la pada hari raya ni. Camana tak tau lg. Klu jumpa bj yg sesuai rembat je la... Yg pasti nya anak2 aku mesti berbaju raya tradisional pada pg raya pertama...


K la... lama tak menulis, panjang ni pun cam lenguh giler dah

2 comments:

shida said...

kami pun tadak jugak lagi tema apa nak pakai thn ni.. huhuhu

Ina Hamid said...

Tu la Pah.. tak dak tema pun meriah gak klu kena gayanya kan.. Tema tu salah satu cara nak perabih duit ja.. ehehehe