Thursday, February 12, 2009

DEBARAN SEMAKIN MEMUNCAK... TUHAN SAJA YG TAHU

Hari ini usia kandungan ku sudah pun menjangkau 7 bln. Walaupun ini bkn kali pertama aku menjadi ibu mengandung tp debaran tetap kurasai. Semakin hari semakin kuat.. apapun segalanya ku serah pada Tuhan Yg Esa. Hanya dia yg berhak menentukan segalanya. Aku berdoa semoga dipermudahkan olehMu Ya-Allah. Permudahkan segalanya sehingga aku selamat melahirkan dan membesarkan anak-anakku sehingga menjadi insan yg berguna.
Sesungguhnya aku bersyukur kerana Engkau telah memelihara aku dan kandunganku sehingga ke saat ini. Walaupun kesusahan yang aku alami sepanjang mengharungi saat-saat awal kehamilan namun aku tahu Engkau lebih tahu apa yang terbaik untuk hambamu. Sekurang-kurangnya aku lebih mengerti pengorbanan ibuku dan ibu-ibu yg terdahulu dari ku...
Di kesempatan ini aku sajikan sedikit bekalan untuk rakan-rakan yang seangkatan dengan aku...


PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN SEPANJANG KEHAMILAN:


Penjagaan sepanjang awal kehamilan sehingga hari kelahiran yang ditunggu-tunggu adalah sangat penting bagi menjamin tahap kesihatan ibu dan bayi dalam keadaan sihat dan selamat. Jadi banyak perkara yang bakal ibu terutamanya perlu tahu perkara-perkara yang patut dan perlu dielakkan.

Diantara perkara yang perlu dielak mengambilnya ketika hamil...

1.Aspirin - akan menyebabkan jumlah cecair amnion menjadi sedikit, mengurangkan
aliran darah di dalam otak bayi.
2.Alkohol - meracun sel-sel di dalam tubuh janin yang sedang membesar.
3.Litium - ubat yang berkesan untuk merawat masalah mood yang tidak menentu dan
boleh menjejaskan perkembangan jantung bayi.
4.Vitamin A - jika pengambilannya berlebihan melebihi 8000 IU sehari, risiko
untuk bayi mendapat keabnormalan urinari dan trak genital semakin meningkat.
5.Tetrasaiklin - sejenis antibiotik untuk merawat jangkitan dada, faraj dan ubat
jerawat. Jika diambil pada trimester kedua dan ketiga, ia boleh menjejaskan
perkembangan gigi bayi dan menyebabkan giginya berwarna kuning.
6.Ubat penahan sakit - boleh menyebabkan penguncupan salur darah penting di
jantung bayi yang sepatutnya hanya menguncup selepas dilahirkan.
7.Rokok - asap rokok bukan sahaja mengandungi nikotindan tar, tetapi juga karbon
monoksida, ammonium, racun sianida dan campuran bahan kimia lain yang menjadi
penyebab barah. Ia menganggu pengaliran oksigen kepada janin, janin cenderung
lahir tidak cukup bulan, kecil, dan ringan, mudah keguguran, bayi cacat atau
mati sebaik dilahirkan.
8.Hentikan kegiatan lasak - seperti bermain tenis, menunggang kuda atau kerja
yang memerlukan anda berdiri sepanjang masa.
9.Minuman tertentu - kurangkan pengambilan minuman bergas, berkafeina, teh herba
kerana dikhuatiri boleh mengancam bayi dalam kandungan.
10.Makanan - makanan yang dipanaskan semula dikhuatiri mengandungi bakteria dan
tidak baik untuk kesihatan. Makanan dalam tin biasanya tinggi kandungan gula,
garam, perisa, lemak, bahan awet dan penawar tiruan. Gula boleh menambahkan
berat badan.
11.X-Ray - ibu hamil tidak digalakkan mendapat rawatan secara x-ray sepanjang
tempoh kehamilan.

No comments: