Monday, April 19, 2010

Sejauh mana keberkesanannya...

Sekadar berkongsi ngan semua yg membaca di sini. Aku beli 'Foot Detox Patch' ni dari Intan Maisarah (student master). Aku tak pasti dr mana dia dapat. Harga nya pun tak mahal belasan ringgit je. Bcoz of dat, aku berminat nak try benda ni. Menurut kwn2 yg pernah 'menerai' ia nya memberi kesan sewaktu bangun tidur keesokannya. Kononnya bdn rasa ringan je.(tp bdn aku ni dah tak ringan boleh ke rasa ringan- jgn sebut berat) ehehehe.
Belum cuba belum tau... so aku pun cuba. Br first time try tak de la rasa apa2 effect. Tak leh nak share la sgt. Tp nanti aku guna sampai habis. Kot2 ringan sungguh bdn ni, tak yah berdiet. ekekeke

At the first time guna, ini lah hasil nya. Betulkah yang nampak berminyak2 tu toksin dalam badan aku??? Any idea???

Monday, April 12, 2010

Sukan Sekolah Abg Long...

4 April 2010 yg lalu hari Sukan sekolah abg long dan seluruh kawasan kangar. Adik Balqis terpaksa di tinggalkan atas sebab kesihatan. Sukan ni di langsungkan di Gelanggang Futsal Bt 2, Kangar..
Ni abg long tgh mewarna katogari 5 thn. Anak ummi ni dah la sampai lewat dari org lain tp siap cepat dr org lain. Ummi bangga giler.... ekekkeee

Tu dia 'lady bird' abg long. Terlupa nak capture gambar yg completed.
Peserta2 lain...
Menanti time sukaneka... Aku terpaksa guna camera handset yg tak canggih ni. Sebab tu gambar nya semacam je




Apa2 pun, anak ummi ni dah besar. Pandai bawak diri dah... Cuma selalu bagi ummi n abah marah bila kat rmh... Sabar je laaa...

PANASSSSS....

Sekian lama mendiamkan diri... Ermmm, bukan sebab tak de topik tapi kemalasan dan kebingungan menghantui diri. Bingung memikirkan misi yg tergendala. Entry ni bukan nak story pasal misi @ visi... Story about misi yg tergendala ni akan aku storykan dlm entry yg lain. Bila hati dah cool n kepala tak bingung atau bengang. Bukan BANGANG...
Topik kali ni memang PANASSSS... sebab nye.. nak tau????
....................................................
.......................................
..........................
............
...
.
Cuaca kat luar dan dlm rumah memang tak boleh tahan. Kenapa cuaca amat panas sekarang?? Adakah lapisan ozon semakin tipis?? Atau adakah dosa semakin bertambah?? Aduuhhh...
Bagi menghilangkan kepanasan di dalam rumah aku seisi family melarikan diri dari rumah seketika bg menghirup udara di luar. Malam Sabtu, yg lalu kitorg mencari lauk2 yg PANAS di sekitar Kuala Perlis... PANAS lagi...

Di restoran apa ntah namanya di tepi jln Kuala Perlis
Ikan siakap tiga rasa
Daging masak merah
ikan siakap bakar
Aksesori tambahan :- sate, keropok ikan, sambal n etc yg telah licin
My Puteri tgh makan keropok. Itu ja yg dia mampu. Abg long tak sempat plak nak snap gambaq...

Balik dari makan makanan yg panas kami merileks kan diri di Taman Rekriasi Kechor. Tapi kat situ pun PANAS...
Ini gambar pada hari ahad, (semalam) dek kerana panas yg terlampau kitorg ke The Store, Kangar mintak aircond sikit...

Demikian lah kisah panas saya. Panas yg tak dapat diceritakan lagi ialah panas hati... Nantikan kemunculan nya....