Tuesday, September 1, 2009

Rindu Pada Insan Yg Bergelar Bapa....



Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang kedua tanpa insan yg ku panggil "pak". Sesekali aku terkenangkan kopi pekat+pahit ayah ku. Biarpun pelbagai jenis air yang dihidangkan pada waktu berbuka tp kopi o hitam+pekat+pahit tetap mak aku sediakan untuknya. Itu dulu, dua tahun sebelum ini. Kini tiada lagi kopi hitam+pekat+pahit itu. Suatu kehilangan yang amat besar dalam hidup ini. Kehilangan untuk selama2 nya...

Tanggal 4 Zulhijjah 1428 bersamaan 14 Disember 2007 jam 5.30 pagi di waktu aku sedang bermimpi ayahku datang kepada ku berbaju melayu yang selalu dipakai ke surau, dengan membawa pelita yang amat terang... tiba-tiba aku terkejut dari mimpi itu. Ayah hilang entah ke mana. Deringan telefon membuatkan aku terjaga. Dengan nada yang sebak aku terdengar suara kakak ku di hujung telefon. K.ni meminta aku pulang segera.

"Adik ina, hang balik la.. Pak dah tadak apa, sejuk dah"... Itulah ayat k.ni yang masih terngiang2 di telinga ku. Aku yang masih mamai terpinga2. "Apa yang k.ni cakap ni? pak sakit ka? Bawak p hospital la dulu".
Jam 6.30am aku bertolak ke kampung. Sementara nak siap2 kan barang2 terutama barang alif kami ambil masa sejam utk bertolak. Aku sempat terfikir untuk bwk baju raya alif sekali. Waktu tu lagi seminggu umat Islam nak merayakan Hari Raya Aidil Adha. Sepanjang perjalanan aku berdoa agar ayah ku masih bernyawa apabila sampai nanti. Aku abaikan kata2 kakak ku td. Aku cuba menenangkan diriku dengan membaca yassin tp perasaan ku bercampur baur. Surah Yassin idak dapat aku habiskan. Kami tiba di kampung pukul 11am.

Sesampai dirumah aku menjadi tak keruan apabila terlihat kereta bersusun sepanjang jalan. Setibanya di dalam rmh ayah kaku di atas katil. Aku hanya mampu menangis. Menahan sebak. Emak dan kakak2 aku semua ada.
Lebih kurang pukul 12tghari ayahku dimandikan dan di kafankan. Kemudian terus dibawakan kemasjid utk solat Jumaat yang terakhir. Selesai solat Jumaat ayah aku @'pak' di sembahyangkan. Jam 2.30pm pak di bawakan ke perkuburan untuk disemadikan. Jam 3pm segala urusan pengkebumian selesai bersama rintik2 hujan. "Ya-allah.. Ampunilah dosa bapaku, tempatkanlah bapaku dikalangan org2 yg beriman.

DOA SEORANG ANAK UNTUK IBU DAN BAPA

DOA UNTUK IBUBAPA
Ya Allah,

Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,

Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku
dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,

Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka
deritakan kerana aku, atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
jadikanlah itu semua penyebab rontotnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya
pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah, hanya Engkaulah
yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,

Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, Izinkanlah mereka
memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk
mereka, sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat
kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,ampunan-Mu serta rahmat-Mu

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, serta anugerah
yang tak berakhir dan
Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

Nota : Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya. Istighfarlah,Istighfarlah Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan didunia ini "Siapalah aku di sisi MU ya Allah" "

Puteriku dah meniarap...





Kejayaan pertama Dhia Balqis. Kesian sgt tak pandai nak balance kan kepala lagi

"Amboiiii.... cepatnya anak ummi sorang ni. Abg Long dulu pun 4 bulan baru meniarap. Adk Balqis baru 3 bulan setengah je nihh... Dah dua tiga ari buat perangai tak nak tidur. Rupanya ada sebab. "
Semalam 31 Ogos 2009 tanggal hari kemerdekaan yang ke 52, comfirm dah balqis pandai meniarap. Sebelum ni pun dia pernah buat percubaan, 26 Ogos 2009 berjaya sekali je meniarap... Pagi ni selepas kami sahur balqis pun sahur sekali. Dah tak lekat la belakang atas tilam. Asyik nak pusingkan badan je..






Gambar ni setelah terror. Dah buleh angkat kepala n gelak2 lg.(Sorry gambar gelap)
*P/S Abaikan model2 yg tak sepatutnya ada di sebalik gambar