Friday, August 28, 2009

Kebimbangan Hatiku......

"Salam Ramadhan dr kami berdua"(First day puasa)
Hari ini 1 Ramadhan 1430H. Ramadhan yg pertama dlm hidup Puteri Nurrdhia Balqis

1 Ramadhan yg di sambut pada 22 Ogos 2009 ini agak hambar pada aku. Abg Long@Alif Naufal demam agak teruk. Dia ni dah lama tak demam tup2 demam kali ni mengambil masa yang agak lama untuk sembuh betul. Hari first puasa ni... aku langsung tak peduli bab2 nak berbuka.Hubby la yg uruskan. Beli 100%... Adik Bakish tak sempat nak layan. Cuma bg mandi, susu,tdoo.. itu je yang termampu. Mana tak risau.. Dua minggu sebelum tu dah demam+batuk+selsema pastu baik balik, 2 3 hari lepas tu demam blk, n 21 Ogos tu selepas blk dr Family Day di Bkt Ayer dia demam blk. Demam kali ni amat membimbangkan. Panas yg terlampau tp tak sure la berapa degree. Terus bg ubat yg sedia ada. Pastu bdn berpeluh skit n abah terus bwk g klinik. masa di klinik suhu dia 38 darjah celcius. Blk dr klinik nampak cam dah ok dah boleh main. Pukul 3 pg terjaga dr tdur bdn dia panas balik. Panas yg teramat. Tak pasti la suhu berapa. Terus terpikir nak beli termometer. (Betul ke termometer utk check suhu bdn). Dah lama sgt nak beli tak terbeli jugak. Aku n hubby terus bgn. Risaunya...Aku terus bg ubat n jelum kepala dia. Dia memang tak bermaya. Dah la demam mulut plak sakit sebab tergigit sendiri. Mkn tak lalu... Mcm mana ni.. Aku mmg risau yg teramat. Tapi aku memang spesis yg buleh buat rileks..
Alang2 dah bgn terus sahur. Esoknya pg2 aku mandi kan dia dgn air suam. Setengah org klu demam tak bg mandi. Tp aku punya family mmg dah biasa mandi klu demam. Aku turunkan lah petua mak aku kat anak2 plak. Lepas mandi nampak cergas skit tp masih tak mau mkn. Kui 8 pg abah bwk ke klinik lg. Aduhai... klinik lg.. Dr pun hairan demam dah lama sgt n bg ubat yg agak kuat. Blk tu terus mkn ubat tp yg peliknya tak kebah jugak. Hati aku bertambah risau la... Tp alif tak merengek dia cuma mendiamkan diri sebab tak larat. Walau tak larat masih lg nak buat kerja sekolah. Aku suruh dia relaks tp dia kata "byk lg ni ummi keja sekolah alif". Aku cuma tersenyum sendiri. Macam la sekolah betul2.
Hati aku tak tenteram... Sebab hati ni tak tenteram.... Alif bukan seorg yg pendiam. Aku tak suarakan kebimbangan kat hubby. Buat don know je.. Tgk dia dah letih n tak larataku terus jelum kepala n lap bdn dia. Berbuka time aku mkn je apa yg ada. Mlm tu br nampak sikit perubahan alif. Dia dah mula main2 n buat keja sekolah lg.... Tp
Hari selasa baru2 ni demam blk.. merengek je..apa lagi terus ke klinik lg. Kali ni dr bg antibiotik pulak yg kuat. N dr nasihatkan klu tak baik jugak bwk la ke klinik kesihatan utk check darah dia. Dr bimbang klu denggi. Hati aku mula berdebar kembali. Ntah la.. aku pasrah.. klu still tak baik mmg aku nak bwk ke klinik kerajaan pulak. Bimbang keadaan sekarang.. musim penyakit menular. Nauzubillahhh...
Semalam, kami ke pasar mlm dulu mencari ketam. Konon nak buat sup ketam untuk alif. Sup ketam baik untuk mengubat denggi. Tp ketam tak de. Dr pg hubby crtp memang tak de. Dah tak de terus menjemput putera n puteri ku... hati aku rasa sikit tenang apabila ternampak abg long alif. Abg long kembali nampak ceria. Syukur Ya allah.. Blk rmh pun dia nampak kembali ke Alif Naufal yg sebelum demam. Dah mula berceloteh, membebel kat adik, tanya itu ini kat ummi n abah nya. Beberapa hari aku tak dengar keriuhan itu. Rindu sggttttt...

Monday, August 10, 2009

Baby oh baby...

2nd baby ni aku byk search info di internet. Boleh learn many things like susu ibu, Cloth Diaper, Baby Ring Sling n lain2...
Bagus la.. Masa alif dulu aku tak rajin pun. Ni nak story pasal brg2 keperluan Nurrdhia Balqis.

1. Cloth Diapers
Aku dok fikir2 pasai Cloth Diapers dah lama gak la. Baca skit2 info di dlm forum2. Last2 aku try 2 pcs of CD.(utk trial je nih). Beli online at http://www.qqbabyshop.com/. Dah try 2 pcs ni rasa cam best gak. Aku pun order lg, kali ni order 3 pcs plak brand Babyland. Saja nak cuba pelbagai brand dulu. Klu dah selesa boleh beli byk2. (Tak la byk sgt 1 pc pun dah up to RM30). Aku budget dlm 15pcs cukup la, tp kena basuh sekerap yg boleh. Kerja aku bertambah la selepas Nurrdhia ber'CD' nih... Tak pe la, utk kepentingan kita bersama dan juga alam sekitar. Wah.... dah mcm promot plak.
Pet pet adalah diapers favorite aku. Alif dulu sampai ke besar memang kami pakaikan Pampers Pet2 ni. Balqis ni pun mcm tu lah jugak. Tp sejak2 berinfo2 tentang CD ni. Aku nak beralih arah la plak. Bkn sebab pampers ni tak bagus. Tapi memandangkan aku fikirkan utk jangka masa yg panjang. Nak ber'CD'

2. Susu...
Bab susu ni aku ada lah jugak berkeinginan nak fully breast feeding baby. Tp memandangkan susu agak kurang aku cuma bg time mlm je la. So far dah 3 bln Nurrdhia still dgn susu ibu at night shift. Day shift, klu ada yg diperah aku bw lah ke rmh Tok Cik nya klu tak cukup top up la dgn susu Anmum+Novalac(rumusan sembelit). Alif dulu cepat ja merajuknya. Bila aku start kerja dia dah tak nak lg susu ibunya. Nak buat camana kan, masa tu first baby. Skill2 nak bg kat dia pun tak reti. Tp syukurlah, at least dia dpt gak merasa susu ibu walaupun sekejap." Susu ibu adalah makanan yg terbaik untuk bayi"

3.Baby Sling
Entah kenapa kali aku berminat sgt dengan 'baby ring sling'. Rasa cam senang utk carry baby. Aku dah cari kat Anakku tp tak begitu menarik. Aku pun seacrh di internet. Akhirnya berjaya jugak aku membelinya. Tak sabar nak g jln2 bwk baby. Tp musin sekarang ni takut la pulak nak pergi bersiar2. Wabak Influanza A H1N1 yg semakin mengganas. Kita hanya mampu merancang, Tuhan yg menentukan. So, "mencegah lebih baik dr mengubat".
Yg kolor peach ni pilihan aku