Wednesday, April 29, 2009

Saat2 akhir bergelar ibu mengandung untuk kedua kalinya..

Saat2 akhir bergelar ibu mengandung untuk kedua kalinya..

Hari Sabtu lepas (25 April) aku dikejutkan dengan sms abg aku. " Mulai 1 Mei cuti bersalin awal 14 hari boleh diambil". Aku menjadi begitu excited tambah pulak dia kata tak tolak cuti 60 hari lepas bersalin. Malam tu punya tunggu berita di tv.. ermmm.. memang boleh apply tapi cuti ditolak dari 60 hari tu.. Terus tak jadi nak apply....

*************************************************************************************************
Keratan akhbar
Cuti bersalin lebih awal

KUALA LUMPUR 25 April - Bakal ibu di kalangan kakitangan awam kini boleh menggunakan cuti bersalin maksimum 14 hari lebih awal dari tarikh dijangka bersalin.
Bagaimanapun, ia akan ditolak dari jumlah cuti bersalin 60 hari yang diperuntukkan kepada mereka.
Peraturan baru itu berkuat kuasa mulai 1 Mei, menurut Pekeliling Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam yang dikeluarkan pada 20 April.
Kebiasaannya, cuti bersalin 60 hari itu dikira daripada hari mereka melahirkan anak tetapi kini mereka diberi pilihan untuk mengambil cuti lebih awal dengan mengemukakan dokumen sokongan daripada hospital, klinik kerajaan atau swasta yang mengesahkan tarikh dijangka bersalin.
Ketua-ketua jabatan hendaklah memastikan kemudahan cuti bersalin yang diambil lebih awal itu direkod di dalam buku perkhidmatan pegawai berkenaan, menurut pekeliling itu. - BERNAMA
*************************************************************************************************
Next...

Dalam kesibukan membuat persiapan utk menyambut kehadiran org baru.. persiapan utk bercuti 60 hari juga harus difikirkan. Persiapan utk menyambut kehadiran EAC Mekanikal sudah berakhir. 27 & 28 April tarikh genting untuk program Mekanikal( cerita pasal kerja). Persiapan untuk berpindah ke Kampus Tetap, persiapan untuk menyambut Conference ICADME. Lagi persiapan apa.. Persiapan nak pindah ke rumah baru.
Aduhh... bila agak nya.. Cerita pasal rumah baru, dengan harapan ianya memang ditakdirkan rezeki kami. Nanti lah story pasal rmh ni bila ianya benar2 menjadi kenyataan. Macam2 persiapankan???... Pendek kata apa sekalipun yg nak dilakukan haruslah ada planning dan persiapan. Nak kembali kepada Pencipta pun perlukan persiapan. Tapi... tak buat sebarang persiapan lagi...

No comments: