Wednesday, December 24, 2008

SETELAH SEKIAN LAMA....


Apa yg aku tulis pada first day create blog rupanya jadi kenyataan. Ehehee... Selepas pada tarikh tu byk sangat perkara yg menyebabkan aku delay utk update page ni.. Macam2 benda sampai lupa nak update..
Ni cerita raya, pada hari raya korban baru ni (8 Dec 08) turn balik kg aku. Tp sblm memulakan our journey ke Kg Gajah mcm selalu kami anak beranak akan jenguk dulu tok belah abah alif kat Kg Kuala Sgtng Garam, Merbuk. Pagi Sabtu (6 Dec 08) tu baru berangkat ke kg aku.
Mmg excited gak la nak blk kg sendiri, mana tak nya balik raya puasa ritu ja.. Aku rindu sgt sbnrnya kat org2 di kampung tu. Bila blk tu mcm2 nak sembang sampai makan pun lupa. Hubby aku selalu tension ja sebab lapar.. Adik beradik aku ramai perempuan so hubby aku tadak geng la kat sana. Dulu dia blh gak layan arwah bpk mertua...
Thn ni sekali lg raya jd kelam kabut, tak mcm raya pun.. tgh siap2 nak g smbhyg raya hubby aku dpt panggilan dr kg dia, abg sulung nya meninggal dunia.. Kami pun bergegas la blk ke Kg Kuala Sgtng Garam, Merbok. Mmg jd cam hilang ingatan sekejap.. blk sana kelam kabut tak sempat bermaafan pun ngan mak sbb mak aku dah g smbhyang raya... "Kami sekeluarga mohon berjuta kemaafan pada semua ahli keluarga di kampung. Apa yg berlaku kehendak Illahi. Semoga roh Arwah Abg Mat di tempatkan di kalangan org yg beriman."
Nak post gambar raya pun tadak langsung.. Ni gambar alif je la.. tu pun raya puasa hari tu punya.....

No comments: