Friday, March 27, 2009

Perjalanan yg semakin hampir...


Tick tock, tick tock... hari yg di nantikan semakin dekat. Ya Allah... permudahkan lah urusan ku..
Kui 9.30 pg semalam aku ke klinik Penawar, rasa cam x tak larat je nak keja. Kepala rasa cam berat.. Aku pun ajak la my hubby ke klinik nak mintak rest kat doktor tu. Semakin hari aku semakin kurang aktiv. Mungkin sebab baby dah membesar.. Terlanjur ke klinik aku rasa cam nak scan je baby ni. Nak tgk dia tgh buat apa. Kebetulan aku scan haritu dah lama masa usia baby ni 5 bln.
Aku dah serasi ngan Dr Khairi Saadah tu. Cam dah kenai lama plak. Ehehhehee.. Masuk je bilik rawatan tu aku gtau la nak scan. Sesaja je, tak de problem apa2.. Then, ok la.. Dr tu pun mula la menjalankan tugasnya... Ermmm.. inilah teknologi moden ciptaan manusia. Walau apapun jgnlah kita lupa sehebat mana pun akal manusia ianya adalah anugerah Tuhan yg Esa. Kagum aku melihat kehebatan kuasa Tuhan yg menghidup dan mematikan makhlukNya. Dari dlm perut baby dah mula bermain2. Jari jemari dah mula kelihatan, tp aku scan biasa bkn 4D. Tak leh nampak la muka cam sapa.
Dr malakukan tugasnya, dia kata uri cam ke bwh skit, then fokus lg dia kata still ok. Aku dah risau td. Dr tu pun meneruskan kan lg.. dia kata baby aku ni tak besar cuma tinggi je. Panjang kaki dia pun 36cm.Ermmm.. Ye la kan.. like parent like son la..ehehhee. Then dia teruskan lg.. dengan x didugakan dr tu tiba2 mengeluarkan sesuatu kata2 yg tak dpt aku gambarkan kegembiraan."99.9%.... BABY tuttttt..." Guest what?? Eheheheh
'Sesiapa yg terror bab2 imaginasi blh la bayang part2 mana yg dr scan...'

Apa2 pun aku tak nak terlalu mempercayai kata2 dr tu walaupun cara dia ckp memang dia confident. Tp sikit sebanyak fikiran aku dah mula melayang.. Walau apa pun kita tunggu dan lihat. Apa yang penting bg aku sekarang semoga aku selamat melahirkan tak kira apa pun jantinanya. Yang paling penting sihat dan sempurna....
Last2 sebab agak happy aku terus terlupa nak mintak mc kat dr tu. Sakit kepala pun tetiba hilang.. ehehheehe

Thursday, March 26, 2009

Pelan Perancangan Strategik 2009

Last weekend, 21 dan 22 March school Mechatronic mengadakan Pelan Perancangan Strategik. Nasib bek buat kat Sungai Petani ja @ Cinta Sayang Resort. Klu jauh memang aku tak leh join. Klu kat SP ni at least buleh guna keta sendiri, rmh MIL pun dekat dan yg paling penting hospital pun dekat. Kan apa, tak mau menanggung risiko. Tambah plak aku dah tak larat nak jln byk. Aku p pun setakat menghadirkan diri ja, tak attend sgt pun aktiviti kumpulan. Satu sebab atas sebab kesihatan dan satu lg sebab aku bwk alif. Ehehehehehe
So, aku lepak ja kat blk teman alif main2. Time mkn aku wajib join. Itu yg penting... Jgn mare la kawan2 yg satu group ngan aku.



Sesampainya di bilik... rehat sebentar. Bilik2 kat sini ok la.. agak selesa..

Sewaktu dinner kami turut disajikan dengan persembahan2 dari pihak hotel...

Asrul with puteri2 nya........



Alif bersama aliff... "teman aliff besar bergayut jgn tiru sudah tau alif kecik..."



Mandi time... punya la seronok.. macam2 kuak yg di aksikan oleh alif dlm tab ni...

Saturday, March 21, 2009

Rumah oh rumah...

Bila agaknya impian nak jd kenyataan. Ada rmh sendiri boleh nak planning sesuka hati. Tambah itu dan ini. Smlm, aku ngan hubby p ke Bumita, salah satu pemaju perumahan kat perlis ni. Memang ada rmh yg dalam proses pembinaan. Sembang2 ngan officer dia tu.. aku rasa cam agak runsing mengenangkan rmh yg agak mahal kat Perlis ni. Ramai gak member2 yg dok ckp beli kat Changlun untung. Mmg betul ckp diorang tu...
Taapiii.... ntah lahh.. fikiran aku serabut seketika. Apa yg kami fikirkan adalah anak2. Keakraban dan kasih sayang antara pengasuh dgn anak aku mmg dah tak x dapat di nafikan. Itu klu kami fikir untuk sebelah pihak. Klu fikir di sebelah pihak kami yang nak menanggung hutang ni mmg tak termampu klu berumah di Perlis. Bak kata pepatah "klu tak mampu menanggung hutang, jgn berumah di negeri Perlis".ehehehhehe...
Itulah.... sekarang ni kena fikirkan kemampuan...

Friday, March 20, 2009

Jom P Kola Perlis...

Dah lama rasanya tak menaip... Ermmm... Ni pun lama punya story. Time ni masa rombongan ke majlis my sis kat A.Setar. Terlanjur ke utara terus ke Perlis menjenguk kediaman aku. Inilah pertama kali family aku sampai ke cni except mak n kak yang salah seorg anak buah aku.
Walauapapun, aku tak berkecil hati.. Mmg jauh klu nak dtg ke cni dari Kg. Gajah tu. Mengambil masa dan kos yg agak byk. Apa pun thanx sebab sudi jugak bermalam kat rmh ni walaupun mcm ikan sardin jdnya...


Inilah keadaannya malam tu sementara nak ke Kola Perlis untuk dinner kami..