Tuesday, March 16, 2010

Terkenang 5 tahun yg lalu...

13 March 2005, hari di mana aku n hubby dapat lesen besar utk tinggal bersama. Walau dah sebulan di ijab kabulkan tapi kami masih menghormati kedua ibu bapa yang tidak melarang keras utk tinggal bersama. Tetapi hati mereka dapat di baca... Walau sudah bergelar suami isteri org tua2 tidak gemar utk tinggal bersama selagi belum adanya majlis kenduri. So, kami pun tidak membantah sekadar menurut perintah... Walau waktu itu aku sudah tahu syurga sudah berada di bawah tapak kaki suami. Jgn membantah pesanan ibu ayah. Tanpa mereka di manakah kita.

"Abang, 13 March 2010, Sudah 5 thn kita hidup bersama. Sudah 2 cahaya mata anugerah Tuhan kepada kita. Semoga di panjangkan usia, dimurahkan rezeki, di kurniakan anak2 yg soleh dan solehah.... Di kurniakan kebahagiaan hingga ke akhir hayat. Amin..."

Nanti klu ada kelapangan aku cuba meng'upload gambar2 pertunangan, pernikahan dan perkahwinan.

Anak ummi demam lagi....

Hari Isnin 8 March, Tok cik Nab kol abah cakap adik demam. Abis keja terus rush la... Bila sampai tgk adik Balqis tdo lg. Ermmm, mmg klu demam dia nak tdo ja... Tp bila pegang badan dia aku rasa cam biasa ja. Bila dah jaga dr tdo kitorg terus ke Poliklinik Penawar, Kuala Perlis. Aku pikir klu dia tak demam pun tak pa, kita ambik ubat batuk. Dah 2 3 hr batuk aku just bg ubat yg ada kat rmh ja. Dalam keta adik cam biasa ja still aktiv. Tak menunjukkan tanda2 demam. Tp bdn tu aku dah mula rasa suam2.

Bila sampai klinik, MAK AIIII.... ramai nya org dok tunggu. Apa pun kitorg pun kena tunggu gak. Sampai turn, Nurrdhia Balqis di panggil. Dr Khairi Saadah dah senyum tgk kitorang masuk. Dr tu mmg friendly. " Kenapa Qis??" Soalan pertama di tanya. So, aku pun story morry da morning glorry kat dr... Dia pun check la demam. "Ishh ishh... tinggi ni demamnya, 39.5@C". Aku cam pelik ja. Kenapa bdn tak berapa panas. Tak pa la.. lepas blk br kasi ubat.

Esok nya aku keja cam biasa. Adik demam lg, tp kena keja jugak. Takkan nak cuti lagi... Mlmnya dia cam tak leh tdo.. Apa lg, klu anak tak leh tdo emak nya pun sama la jugak. So esoknya mmg aku tak sampai hati nak tinggal adik. Demamnya agak panas. Aku terpaksa EL(emergency leave). Time2 demam ni maybe dia perlukan emaknya. Aku risau gak kenapa dah tiga hari demam ni. Bila hari dah siang, aku cuba 'jelum' kepala dia dengan air asam jawa. Mungkin boleh sejukkan badan. Ikhtiar je la... ubat dah bagi ikut saranan dr, cool fever mmg tak leh letak sbb dia akan cabut. Lepas jelum 2 3 kali bdn dah mula berpeluh tanpa ubat. Klu tak dia akan berpeluh lepas mkn ubat.

Alhamdulliah... ni tanda2 nak kebah. Aku biar byk skit peluh dia. Nampak dia cam dah ok skit, aku pegang tapak kaki dia. Mak aku pesan klu tapak kaki panas boleh bagi dia mandi(petua mak aku). aku pun mandi kan dia. Bagi dia berenang dlm besen. Lepas pd tu... dia dah mula ok. Dan dah sihat kembali. Cuma batuk tu ada lagi sampai hari ni....

Alang2 dah tak leh tdo, aku pun goreng la cekodok utk sarapan abg long. Beli ja yg segera cuma masukkan air dan gaul sebati. Kemudian goreng... Skill aku utk membulat2 kan mmg tak da. Tak reti...

Moi utk adik bawa ke rumah tok cik. Masukkan ikan bilis goreng tanpa minyak yg di tumbuk dan juga sayur bayam.
Adik merengek tak sedap bdn.

Rimas ngan coll fever di kepala. Last2 tercabut juga..
Sedih nye.. demam pun nak amik gambar ka?
Mkn moi pun tak sedap. Mulut pahit... uwekkk..

Adik kena mkn gak nanti lg tak larat, paksa kan jugak...

Monday, March 8, 2010

Tempat Jatuh lagi di kenang, inikan pula tempat Jatuh CINTA....

@ Tasik Darul Aman, Jitra Kedah
6 March 2010

Layang2
Keindahan Tasik
Tempat lepak suatu ketika dulu
Rasa nak terjun dlm tasik ni... Kata org2 kat c2
Aksi main wau roket.
Layang2 eagle alif. 15 hengget jeww
Biar diorg main layang2. Kitorg possing
Alamak.. Rambut adik pun pacak
Aksi rempit abg
Tension ngan motor yg tak leh laju
Tudia.. Poon...poon..
Boring dah ni... dok dlm stroller je
Ya ampun... adik boring giler tunggu abg
Abg dok sengih lagi dpt naik ferrari
Tudia mat rempit berlesen
Ini je la game adik.. Free je. Beli air dpt straw
Baru sampai je
Cak
Alamak.. tak lekat atas idung
Utamakan keselamatan

Ngan rambut pacak

Mini Swimming Pool

@At home, 6 March 2010
Taman Sri Embun, Kangar






Alif sekarang dah ada kawan. Adik nya dah pandai main. Bila abang buat cak2 adik dah gelak mengekek2. Terhibur hati... hilang seketika kepenatanku...

My New Baby Girl...




???????? Bila pulak si Ina ni Pegnant?? Hat ritu pun rasanya kecik lagi??#$@$%%#@@(heran je)

Xtually ni my new nephew. Nur Qaseh____. Yang sambungan nya ayah dia still mencari. Time aku delivered dia suh aku namakan anak aku Nur Qaseh tu. Tp hubby aku tak nak.. So, terkeluar dr la short list.. Baby ni baru delivered ari Sabtu, 6 March 2010. Jam 4 something2 pg. Congrate tuk bro n sis for this first baby. Insyaallah bulan Ogos @ Sept ni akan ada sorang lagi ahli baru keluarga kami. Bertambah besar la keluarga aku. Dan yg penting bertambah la budget duit raya. Uhuhuhu...Welcome to da Club.

Thursday, March 4, 2010

Doa untuk anak soleh

HIMPUNAN DOA UNTUK ANAK

Semua pembaca yang dirahmati Allah,

Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia dan baiti jannati . Sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak-anak.

Semua kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak-anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak-anak.

Saya ingin berkongsi doa-doa yang saya biasa amalkan dalam menangani karenah anak sendiri dan juga anak jagaan di taska dan tadika. Ianya adalah kumpulan doa yag banyak saya petik hasil dari pembacaan selama ini terutama daripada Ustazah Hajjah Nasiyah Abdul Razak-Pengasas Rumah Qiraati Nurhidayah, Taman Melawati Selangor. Moga Allah memberkati beliau sekeluarga.

Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti surah as-Syura ayat 19 yang bermaksud:

“ Allah itu lemah lembut kepada hamba-hambaNya: Ia mengurniakan kepada siapa yang dikehendaki. Padahal, Dialah Yang Kuat, Yang Gagah.”

Sebaiknya dibaca selepas subuh iaitu dibaca pada air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.

Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa Surah al- Imran ayat 200 yang bermaksud:

“ Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.”

Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman berulang-ulang. Kesemua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati.

Juga Surah Toha ayat 1-8, Surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam aktiviti lain seperti semasa menemani anak menelaah buku-buku dan membaca al-Quran.

Bagi ibu-ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik elok amalkan surah al-Imran ayat 38 iaitu doa nabi Zakaria a.s yang bermaksud:

“ Wahai Tuhanku! Berikan kepadaku dari pihak-Mu keturunan yang baik, kerana sesungguhnya Engkaulah pendengar doa.”

Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Petua membaca doa dan harapan semasa anak baru lelap kerap saya amalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.


Selain itu, selepas sembahyang lima waktu, saya mengamalkan doa dari surah al-Furqan-74 yang bermaksud, “ Tuhan kami, Anugerahkanlah kami isteri-isteri dan keturunan kami yang menyenangkan hati, dan jadikan kami imam bagi orang yang bertakwa” dan surah Ibrahim ayat 40 yang bermaksud:

“ Wahai tuhanku, Jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang menegakkan solat. Wahai Tuhanku! Kabulkanlah doa kami.”

Sebaik-baik memohon doa adalah diwaktu tengah malam. Seringlah bangun sepertiga malam untuk mendirikan solat solat sunat dan mendoakan kesejahteraan keluarga. Sebutlah nama anak secara spesifik untuk doa lebih berkesan.

Jadikanlah doa antara teknik berkesan membentuk peribadi anak-anak. Selamat mencuba.

“ Doa itu senjata orang mukmin”

Sekian. Wallahu'lam.


DOA UNTUK ANAK SOLEH

SURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيم

Our Lord! And make us submissive unto You and of our offspring a nation submissive unto You, and show us our Manasik, and accept our repentance. Truly, You are the One Who accepts repentance, the Most Merciful.

Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

SURAH ALI-IMRAN AYAT 38

رَبِّ هَبْ لِى مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَآءِ

At that time Zakariyya invoked his Lord, saying: “O my Lord! Grant me from You, a good offspring. You are indeed the All-Hearer of invocation.”

Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan”.

SURAH AS-SAAFAT AYAT 100

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ

“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

DOA AGAR ANAK2 MENGERJAKAN SOLAT
SURAH IBRAHIM (14) AYAT 40

رَبِّ اجْعَلْنِى مُقِيمَ الصَّلوةِ وَمِن ذُرِّيَتِى رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَآءِ

“O my Lord! Make me one who performs Salah, and (also) from my offspring, our Lord! And accept my invocation.

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

DOA MELEMBUTKAN HATI ANAK2 YG NAKAL
SURAH TAHA AYAT 1-6

طه

1. Ta Ha

مَآ أَنَزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْءَانَ لِتَشْقَى

2. We have not sent down the Qur’an unto you to cause you distress,

إِلاَّ تَذْكِرَةً لِّمَن يَخْشَى

3. But only as a Reminder to those who fear (Allah)

تَنزِيلاً مِّمَّنْ خَلَق الاٌّرْضَ وَالسَّمَـوَتِ الْعُلَى

4. A revelation from Him Who created the earth and high heavens

الرَّحْمَـنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى

5. The Most Gracious Istawa the Throne

لَهُ مَا فِي السَّمَـوَتِ وَمَا فِي الاٌّرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا وَمَا تَحْتَ الثَّرَى

6. To Him belongs all that is in the heavens and all that is on the earth, and all that is between them, and all that is under the soil

DOA AGAR DIBERI ZURIAT YG MENYEJUKKAN HATI

SURAH AL-FURQAN(25) AYAT 74


رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَجِنَا وَذُرِّيَّـتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً

“Our Lord! Bestow on us from our wives and our offspring the comfort of our eyes, and make us leaders of those who have Taqwa.”

Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.

AJARKAN ANAK-ANAK DOA UNTUK IBUBAPA

SURAH IBRAHIM (14) AYAT 41

رَبَّنَا اغْفِرْ لِى وَلِوَالِدَىَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

“Our Lord! Forgive me and my parents, and (all) the believers on the Day when the reckoning will be established.”

Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.

Doa agar anak2 patuh pada Allah SWT
SURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128

Doa agar anak2 mengerjakan Solat
SURAH IBRAHIM (14) AYAT 40-41

Doa melembutkan hati anak2 yg nakal
SURAH TAHA AYAT 1-6

Doa agar diberi zuriat yg menyejukkan hati
SURAH AL-FURQAN(25) AYAT 74

Sempena Hari Ibu: Surat Daripada Anak Mak Yang Dah Tak Degil

nota:/ sempena hari ibu yg lagi sebulan lbh: dipetik dari blog sape ntah ni...

Mak…..
Terlalu bosan rasa duduk membilang hari..
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih..

Mak tau tak..
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa..
dan itu juga terakhir kali nya..
Emmmm… rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh..
nak tinggal kan anak2 mak.. nak tinggal kan dunia fana ni..

mak macam dah sedia..
Seminggu sebelum tu..
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai..
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu..
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih..
kakak pun rasa hairan..
mak tak penah buat gitu..

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak..
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam..
kengkadang siaran indonesia..
mak terus tekun menganyam..
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan..

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2..
pastu mak jemur karpet-karpet..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari..
ada kat dalam dalam beg..
ada dalam ASB..
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi..
ada kat dalam gulung tikar..

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar..
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa..
mak cuma gelak jer..
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak…..
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut..
bila malam tu kiter sampai dari KL..
mak dah dalam kesakitan..
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk..
mak tetap takmau pi hospital..
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital..
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor..
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk..
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital..

Mak..
amponkan kami semua..
kami nak mak sehat..
kami sayang mak..
kami tak mau mak sakit..
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital..
ampon kan kami yer mak..

Mak..
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter..
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta..
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duit..
kiter jawab pula..
kalau tak cukup, mak kan banyak duit..
mak gelak ajerr..

Lepas tu bila kereta kiter sampai..
mak buat kenduri kesyukuran..
Dan kiter masih ingat lagi..
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor..
Punya la kiter takut..
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak..
Bila balik sahaja kampong..
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj..
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek..
mak tanya kenapa…?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga..

Mak..
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau..
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar..
mak, kiter menipu mak kan..
ampon kan kiter..

Mak..
Jam 4.30 pagi 19/08/2006
Bila tiba aja kat hospital..
nurse tengah balut mak dengan kain putih..
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital..
Mesti mak nampak abang cium dahi mak..
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak..
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu..
mesti mak nampak semua tu kann…kann..kannn

Mak tau tak..
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar..
Adik kat sebelah diam melayan perasann..
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini..
jalan di depan terasa makin kelam..
airmata dah tak mampu di tahan..
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela..
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga..
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong..sekosong hati ini..
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya..
terasa syahdu dan sayu.. dinginnnn..

Mak..
Kiter masih ingat lagi..
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak..
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan..
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi..
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak..
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan..
Mak perasan tak…?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter..
Dia kata…” dikk…jangan nangis….kalau sayang mak jangan buat
gitu…jangan nangis ya..”
Bila makcik tu kata gitu..
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak..

Mak..
Sampai takat ini surat ni kiter tulis..
kiter nangis ni..
Ni kat dlm bilik…baru pukul 4.00 pagi..
Takder orang yang bangun lagi..
kiter dengar nasyid tajuk “anak soleh” kiter sedih..
kiter rindu kat mak..!
Takpa la…..
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak…
mak tunggu ya..!

Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya..
Semua anak2 mak mengelilingi mak..
menatap wajah mak buat kali terakhir..
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja..

Mak rasa tak….
masa tu kiter sentuh dahi mak..
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk..
Kiter tak mampu nak cium mak..
kiter tak daya..
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar..
Airmata kiter tak boleh tahan..
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak..
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak..

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah..
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik..
badan akak terasa panas..

Makk..
anak mak yang seorang tu demam..

Mak tauu..
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan..

Mak..
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi..
Begitu terasa kehilangan mak..
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata..
Dan sampai satu tahap..
masa tu malam jumaat selepas maghrib..
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan..
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi..
semakin kiter tenung terasa semakin sayu..
tangisan tak dapat dibendung…

Mak tauu..
kiter cuba bertahan..
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda..
Kiter rasa nak telefon mak..
nak cakap dengan mak..
anak mak yang ni dah tak betul kan ..?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong..
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi..
Puas la kakak memujuk kiter..
Akak kata…” tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak..”
Dan akhirnya akak juga nangis..

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati..
rasa nyilu sangat..
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni..
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma..
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan..

Mak..
cukup la sampai sini dulu..
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu..
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid..
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan..
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak..
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula..
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih..
pastu kawan kiter bgtau..
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje..
Takper yer mak…
kiter kasi orang lain baca..
Kiter stop dulu..
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu..
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter..
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang..
boleh rasa duduk kat negara orang…
sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih.
Yang Benar,
Anak mak yang dah tak degil

Monday, March 1, 2010

Anak-anakku nampak happy...

Ni lah rumah kedua Alif dan Adik Balqis. Dan ni lah gambar Tok Cik Nab dan Tok Wan Arib yang telah 4 thn lebih berjasa kepada kami sekeluarga. Gambar ni di capture oleh alif sendiri.

Di pagi hari sebelum ke Kampus Tetap Pauh pastinya menghantar anak2 ke destinasi masing2. Si abang ke sekolah. Si adik ke rmh Tok Cik Nab nya.....

Gambar blur... Adik khusyuk main handset. Dah pandai berdiri


Adik dalam usaha memanjat kusyen...


Yea yea... dah berjaya sampai kat abang

Amacam.. nampak cam dah pandai kan? Silap pegang 'kebabooom'